INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, May 5, 2009

40 ORANG PALING MINIMUM!


Apabila berlaku kematian di kalangan masyarakat Islam, maka tertanggunglah ke atas tengkuk penduduk Islam setempat satu kewajipan bertaraf fardhu kifayah yang disebut sebagai ‘Pengurusan’ (Tajhizul) Jenazah.Bab pengurusan jenazah sepertimana yang terkandung syariat Islam begitu indah dan unik sekali kerana ia berasaskan penjagaan dan pemeliharaan terhadap kemuliaan dan kehormatan penciptaan manusia itu sendiri. Keunikkan dan keindahan ini tentu saja tidak ada di dalam agama-agama yang lain.

Ini kerana Islam melihat kematian seorang insan adalah detik ‘permulaan’ bagi hidup yang hakiki lagi kekal abadi.


Solat Jenazah

Salah satu aspek (perkara) penting yang berkaitan dengan pengurusan kematian seorang Muslim (muslimah) itu ialah perihal solat jenazah.


Solat jenazah disyariatkan antara lain adalah untuk memohon keampunan serta limpahan rahmat Allah S.W.T bagi si mati dan mengharapkan agar dirinya dibersihkan dari segala dosa silam. Dengan mengadakan solat jenazah, sekaligus orang yang hidup diberi peluang untuk memohon keampunan dan kerahmatan daripada Allah untuk si mati.

Solat jenazah juga adalah sebagai satu cara memberi penghormatan, melahirkan rasa belas kasihan, menzahirkan kasih sayang yang penuh adab sopan kepada jenazah. Semua ini akan dapat dihayati sepenuh hati bila setiap orang cuba pula untuk membayangkan bagaimana andai dia yang berada ditempat si mati. Sudah tentu ia mahu agar dirinya didoakan dan dihormati seadanya.


Selain memohonkan keampunan untuk simati, samada di dalam maupun di luar solat Janazah, sekelian jamaah yang hadir juga amat dituntut agar meredhai, berlapang dada untuk memberi kemaafan yang tulus dan tuntas kepada saudara mereka yang telah berangkat pergi itu. Saat itu, kemaafan yang tulus lagi syumul amat dinanti dan diharapkan oleh simati bertujuan melenyapkan atau paling tidak meminimumkan liku dan cabarannya dalam perjalanan panjang menuju Tuhan.


Aspek yang dipandang ringan

Amat sedih sekali apa yang disaksikan di dalam masyarakat kita hari ini, tidak ramai yang mahu menyertai solat jenazah sedangkan yang datang menziarah itu ramai. Mereka hanya terkebil-kebil memerhatikan sahaja orang yang bersolat sambil berbual-bual dan bergelak ketawa. Ada yang sempat lagi cucuh dua tiga batang rokok lagi.


Sepatutnya ramai yang mengambil peluang untuk mendirikan sembahyang jenazah. Namun, kerana kejahilan dan sikap acuh tak acuh terhadap agama maka pahala Allah yang besar ditolak begitu sahaja.
“Dah ada orang sembahyang tuu, kita tak payahlaa, tengok ajaa pun dah cukup, alaahh fardhu kifayah je. Pak imam dan pak bilal saja pun dahh cukup,” demikian pendapat umum dan biasa sebahagian masyarakat berkenaan solat jenazah.

Fardhu Kifayah sering diterjemahkan dengan makna bila sudah ada segolongan yang melakukan, maka yang lain tak perlu nak payah lagi. Itu satu makna yang sangat sempit. Sepatutnya ‘Fardhu Kifayaah’ dihuraikan dengan makna: “semua orang sepatutnya kena bersusah payah.”
Sabda Nabi saw: "Sembahyanglah kamu ke atas orang-orang yang telah mati." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sebagaimana yang diterangkan bahawa solat Jenazah ini sunat dilakukan secara berjamaah di masjid. Itulah yang seafdhalnya. Makin ramai orang yang bersembahyang jenazah makin besarlah faedah dan kelebihannya. Bilangan jamaah sepatutnya tidak kurang daripada empat puluh orang dan jika boleh cukup seratus orang atau lebih.


Dari Abdullah bin Abbas, rdhma, katanya; aku ada mendengar Rasul s.a.w, bersabda “ mana-mana orang Islam (lelaki atau perempuan) yang mati lalu disembahyangkan jenazahnya oleh 40 orang lelaki yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain nescaya Allah kabulkan doa permohonan mereka mengenainya”. (Riwayat Muslim)


Dari ‘Aisyah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Tidak suatu pun mayat yang disolatkan oleh seratus orang kaum muslimin dan semuanya memohon syafaat bagi mayat tersebut melainkan Allah mengabulkan permohonan mereka itu.” (Muslim)

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial