INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, May 30, 2009

HATI YANG BERSIH, AMAT CINTAKAN KEBENARAN


Sewaktu lahir ke dunia, hati manusia putih bersih itu diumpama kain putih yang yang tiada sebarang warna dan corak di atasnya. Itulah keadaan ‘Fitrah’ yang telah disabdakan Nabi saw di dalam hadisnya.

Hati yang bersih itu adalah dikeranakan tiada sebarang ‘titik hitam’ yang mengotorinya. Tiada calar balar dan kekeruhan. Tiada campur tangan luar. Keadaan itu berlangsung sehingga umur seseorang sampai di usia balighnya. Usia Taklif.


Kebertuahan dan kejayaan yang besar pabila seseorang insan dapat menjaga dan memelihara hatinya kekal di dalam ’kebersihan dan kesucian’ itu sekalipun ia sedang atau telah melangkaui usia taklifnya.

Jumlah ‘insan-insan hebat lagi terpilih’ itu tentunya amat sedikit. Macam antah dalam beras. Apa tidaknya. Zaman keanakan dan keremajaannya tidak tercemar dengan tempiasan duniawi dan lumpur kemaksiatan yang sedang atau mula ‘mengotori’ hati ramai orang.

Barangkali inilah remaja-remaja yang bakal beroleh lindungan ‘Arasy Ar Rahman di hari pembalasan yang penuh dengan ketakutan. Siapakah mereka?

Remaja-remaja dan pemuda pemudi yang tetap iman, tetap matlamat, jelas halatuju, punya jatidiri, konsisten, istiqamah dan beriltizam di dalam ibadah dan ketaatan sekalipun amukan nafsu dan syaitan datang bagai angin taufan yang menggila, berselang seli dengan petir yang menyambar dan dentuman guruh yang gegak gempita..

Harus dingat, kekeruhan dan kecelaruan hati anak-anak yang yang baru menjengah ke usia baligh itu ada kaitan besar dengan cara bagaimana oreiantasi pendidikan yang diguna pakai dan ditarbiahkan oleh kedua ibubapa terhadap anaknya itu.

Bagi ibubapa yang ‘mutadayyin’ dan Islami, yang mementingkan pendidikan Islami, aqidah rabbani, akhlaq dan adan sopan, usia rebung anak-anak dijaga dan dipikul dengan penuh amanah, kesedaran, keinsafan, perihatin dan tanggungjawab. Bukankah Nabi saw telah bersabda? : ‘‘anak-anak itu lahir dalam keadaan fitrah (bersih), maka kedua ibubapa yang (menddik dan mmenbentuknya) menjadi yahudi, nasrani atau majusi.”

Ibubapa yang kabur, fasiq, jahil, memuja kehidupan yahudi dan nasara, memuja hedonisme, tiada matlamat hidup ternyata telah merosakan ‘rohaniah’ anak-anak anugerah Tuhan itu. Maka rosaklah serosak-rosaknya fitrah anak-anak yang bersih lagi tidak berdosa itu hasil kecelaruan minda dan rohaniah kedua ibubapanya.
Mereka telah meng‘oreintasi’ kan hati anak-anak dengan sesuatu yang tidak wajar bahkan menyimpang jauh dari kehendak dan perintah Allah dan rasul. Inilah yang dikatakan kesan pendidikan. Inilah dosa dan kezaliamn besar dan kederhakaan ibubapa terhadap anak-anak sebagaimana yang disebutkan oleh Amirul Mukminin, saidina Umar Ibnul Khattab.

Bila hati Bersih

Hati yang bersih ataupun yang kita namakan firah semulajadi manusia itu bukan sahaja diciptakan Allah sangat cenderung kepada kebaikan bahkan ia juga sangat cintakan Al Haq (kebenaran). Camkan perkara ini.

Bila seseorang sukakan kebaikan dan kebenaran, cintakan Allah dan Rasul, cintakan islam dan amal islami, cintakan ummah, cenderung kepada pahala, benci kepada dosa, rindukan syurga, gerunkan neraka, maka bersaksilah bahawa hatinya ‘gemilang’ bercahaya. Inilah hati yang sentiasa diperjuangkan agar tetap berada di dalam kondisi awalnya sewaktu lahir ke dunia.

As Syeikhul Islam, Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: ‘‘Hati itu (diciptakan Allah) cintakan kepada kebenaran, sentiasa menghendaki dan terus mencarinya.” (Al fatawa10/88).

Inilah dia hati para mukminin dan mukminat. Ia adalah hati yang sentiasa di Tarbiyyah (dididik) dan tazkiyahkan (dibersihkan). Pastikan hati dalam rupa dan kondisi ini yang kekal bersinar di dalam dada kita.

‘‘Dengan hati yang hidup inilah orang yang lumpuh pun bisa menjadi mulia, orang yang tidak begitu cerdas pun dapat menjadi mulia. Dengan kebersihan hati, Insya Allah, otak akan lebih cerdas, idea lebih bijak, gagasan lebih cemerlang,” kata KH Abdullah Gymnastiar.

Ingat..kebenaran dan keagungan Islam sekali-kali tidak akan diperjuangkan oleh mereka yang asyik mengotori jiwanya lagi memperjuangan kepalsuan. Kenapa? Bagaimana jiwa yang bencikan kebenaran, tidak pernah berusaha untuk mencarinya diharapkan untuk memperjuangkan kebenaran? Ia mustahil! Melainkan andai allah menghendaki untuk mengubahnya kerana Dialah MUQALLIBAL QULUB itu.





0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial