INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, May 25, 2009

KERJA MERAGUT


Sabtu 23 mei baru-baru ini, saya dijemput oleh sahabat saya, Sdr Wan Anuar ke rumahnya untuk membimbimbing perogram zikir munajat bersama ahli keluarganya di Taman pristana, Sg buloh, Selangor.

Program yang bermula sebaik sahaja selesai solat Maghrib itu, Alhamdulillah berjalan lancar. Respons dan penyertaan ahli keluarga saudara Wan begitu meriah sekali. Program yang dirangka untuk mengisi ruang sebelum masuk waktu isya itu, termayata memberi manfaat yang banyak kepada usaha Tazkiyatun Nafs dan silaturrahim.


"Kes rompak, bunuh, ragut dan samseng jalanan sekarang ni semakin berleluasa. Takda kerja betul diorang ni" kata seorang tetamu sebaik sahaja majlis selesai.

"Itulah kerja mereka. Mereka bukannya takda kerja tapi memang itulah kerja mereka," balas seorang tetamu yang lain pula.

"Haihh, kerja apaa? menganggur je tuhhh..," tetamu pertama membalas baik. Nampak beliau tak puas hati.

"Kerja la tuhh, cuma kerja dia merompak, membunuh, merempit, merogol, meragut dan macam-macam lagi," tetamu kedua terus menjawab memberikan hujahnya.

"Ok juga jawapan tetamu bersinglet putih ni," bisik saya dalam hati. Dan saya pun terkesima.

Terimakasih Wan Anuar kerana menjemput. Tahniah kerana nak terima cahayamata lagi.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial