INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, April 26, 2008

PERSEMBAHAN DI MAJLIS KAHWIN


INSYA ALLAH, Pukul 11 pagi hari ini JOM AMAL ENT diminta untuk mengendalikan pengisian sebuah majlis kenduri perkahwinan di dewan Tabung Haji, Kelana Jaya. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Hj Khalid (Sohibul Majlis - Tuan punya kenduri) yang memberi kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan dari JOM AMAL untuk pengisian program sepanjang majlis itu berjalan.


Apa yang menariknya, majlis kenduri sempena perkahwinan anak gadis beliau dan pasangannya akan ini diraikan secara santai dan berkat sekali. Beliau mahu majlis perkahwinan anaknya ini diisi secara Islamik dengan pengisian doa, selawat, bacaan al quran, alunan nasyid juga penyampaian info-info perkahwinan dari al quran, hadis, pengkisahan dan pantun. Nasyid akan dipersembahankan oleh sebuah kumpulan remaja, ZAMEEL. JOM AMAL dimaklumkan tiada upacara 'merenjis' dan persandingan di dalam majlis in. Untuk itu satu bilik khas akan disediakan untuk ahli keluarga bergambar dengan pasangan pengantin. Tahniah diucapkan kepada Hj Khalid sekeluarga. Semuga Allah memberkati dan merahmati kedua pasangan pengantin. ALLAHUMMA BARIK LIL 'ARUSAIN.

USTAZ AMAL: kumpulan Zameel sedang membuat 'reheseal' di PUSAT MOTIVASI JOM AMAL' malam tadi untuk persembahan di Kelana Jaya hari ini.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial