INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, April 7, 2008

INGIN BERSAMAMU DI SYURGA!

Ahad 6 Mac 2008, Surau Al Ikhwan, Saujana Utama 2
Muqaddimah:
Di permulaan Surah Al Fajr ayat 1 hingga 4, Allah SWT telah bersumpah dengan beberapa perkara di kalangan makhluk ciptaanNya.
1. "Demi waktu Fajar" (1).
Dinamakan juga waktu Subuh. Solat Subuh juga dinamakan Solatul Fajr.
2. "Demi malam yang sepuluh".
a. Sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan yang terkandung Lailatul Qadr di malam-malam ganjilnya.
b. 10 malam pertama bulan Zulhijjah dan termasuk di dalamnya malam hariraya Qurban (Haji).
c. 10 malam pertama bulan Muharram dan termasuk di dalamnya malam'Asyura'

Isi: DIALOG RABI'AH BIN KA'AB AL ASLAMY DENGAN RASULULLAH SAW
Rabi'ah R.A.: Salah seorang khadam Nabi SAW. Dari kalangan sahabat ahlus Suffah yang rata-ratanya golongan Fuqara Muslimin. Namun mereka sentiasa di medan hadapan dalam keadaan siap siaga bila gendang perang dipalu. mereka tidak meminta-minta dan membebankan orang lain.
Disatu malam, seperti biasa Rabi'ah sedang menyediakan perkhidmatan buat Nabi SAW. Melihat dan menilai ehwal, ketekunan dan keikhlasan Rabi'ah itu, maka Rasul SAW berasa belas kasihan dan kasih pada Rabi'ah. "Mintalah apa yang kamu inginkan (hajati)?", unjur Nabi SAW kepada Rabi'ah? Mahu tahu apa jawapan dan hajat Rabi'ah yang faqir itu? Ah, dia mungkin faqir harta tetapi ia tidak faqir iman, ilmu dan amal!
"Saya hanya ingin bersamamu (Rasulullah) di dalam syurga sana", jawab Rabi'ah berterus terang tidak teragak-agak lagi.
"Barangkali (kamu) ada hajat yang lain?", Rasulullah mengulangi pertanyaan.
"Hajat (permintaan) itulah yang saya ingin (mahukan)", ulang Rabi'ah penuh yakin.
Sabda Nabi SAW: "Untuk (melihat hajatmu itu menjadi kenyataan) maka tolonglah daku membantu mencapai hajat-hajat dirimu itu dengan memperbanyakkan SUJUD (solat)".
(RIWAYAT IMAM MUSLIM)

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial