1. Sudah ramai rakyat Malaysia khasnya umat Islam yang telah meluahkan pandangan, teguran dan rasa hati mereka berkenaan lesen judi bola yang cuba 'dihalalkan' oleh para 'kuasawan'. Pandangan mereka wajar didengar dan diambil perhatian. Teguran ikhlas mereka itu adalah kerana mereka amat mencintai negara mereka, Malaysia tercinta. Teguran rakyat itu tiada kepentingan apa-apa melainkan sepenuh keikhlasan. Umat Islam dan rakyat seluruhnya yang cintakan Malaysia mahu agar hukum-hakam Allah terpelihara tidak dipermian-mainkan sesuka hati, agar rakyat selamat dari kehancuran dan negara selamat dari kemurkaan Allah SWT.
2. Sekali lagi rakyat menegur dengan ikhlas. Kerana itu perhatian dan keperihatinan harus ditunjukkan kepada mereka. "Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan. Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan," kata
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
3. "Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," kata Negarawan yang mesra dengan panggilan Pak Lah itu.
4. Benar. Kita tidak boleh terima sikap orang yang berani mengubah dan memperlakukan sewenang-wenangnya terhadap hukum-hakam Allah yang yelah diwartakan dalam kitab suciNya sejak 1500 tahun yang lalu. Kesungguhan kita mendaulatkan hukum-hakam Allah itu serta memeliharanya dari dipermain-mainkan adalah tanda dan bukti keimanan dan keyakinan kita kepada Allah, rasul dan KitabNya.
5. Kita amat bimbang bilamana hukuman Allah datang menimpa. Banyak iktibar yang kita boleh pelajari dari peringatan Allah di serata dunia. Yang mahu mengambil pengajaran itulah yang digelar Ulul Albab. Tidak takutkah kita terhadap 'Fitnah' (Azab) Allah yang bakal ditimpakan kepada semua orang ekoran dosa dan kejahatan beberapa orang yang tidak diberi teguran dan pandangan? Kerana takutkan azab Allah itulah maka rakyat jelata tampil memberikan nasihat, teguran dan pandangan.
6. Perlulah kita mengambil iktibar dari surah Al-Anfal ayat 25, bahawa azab Allah tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja, namun semua warga masyarakat akan terkena, tanpa mengira samada mereka itu beragama Islam atau kafir."Dan takutlah (kamu sekelian)akan fitnah (bencana, kerusakan, azab) yang tidak hanya menimpa pada orang yang zalim (orang yang suka membuat kerosakan) saja di antara kamu" [TMQ Al-Anfal:25]
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment