INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, February 14, 2010

TIDAK TAAT, TANDA SOMBONG KUASAI DIRI

Sombong atau takabbur adalah sifat Mazmumah yang paling merbahaya dan paling sukar untuk dilenyapkan oleh pemiliknya. Satu penyakit yang bilamana ia menguasai jiwa seseorang, maka Allah tidak akan mengampuniya dan tidak akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Sekalipun hanya sebesar zarrah (atom) dari sifat takabbur ini menghuni hati seseorang, maka Allah sama sekali tidak akan membenarkannya untuk menghampiri mana-mana pintu syurgaNya apalagi untuk tinggal berehat dan bersenang lenang di dalamnya.

Walaupon sombong itu merupakan penyakit rohaniah yang berakar umbi di dalam jiwa namun cetusan petanda-petandanya dapat dilihat juga oleh mata kasar manusia khasnya pada pandangan orang-orang yang beriman bak kata pepatah: Sekilas ikan di laut, sudah tahu jantan betina.

Bilamana sombong yang bertakhta di dalam jiwa seseorang semakin mengganas maka pemiliknya tanpa malu dan berselindung lagi mulalah bertindak mempamer dan menyerlahkan perilaku-perilaku buruk dan keji yang ternyata semakin membangkitkan kemurkaan di sisi Allah dan kebencian di hati manusia.

Sombong mencetuskan keingkaran

Tanda pertama yang jelas dilihat pada peribadi dan perwatakan orang yang sombong ialah tidak mahu tunduk, patuh dan taat pada segala perintah Allah dan tidak mahu pula meninggalkan segala laranganNya.

Suruh taat, dia derhaka. Suruh syukur dia kufur. Suruh zikir dia kikir. Suruh solat, dia tak mahu solat. Suruh mengaji dan menuntut ilmu pun tak mahu. Suruh cari yang halal dia bedal yang haram. Suruh menggelokkan percakapan dan perbuatan pun tak mahu. Suruh puasa, dia tak mahu puasa. Suruh menutup aurat, tak mahu juga menutup aurat bahkan didedahkan semahu-mahu kepada lelaki yang ajnabi (bukan Mahramnya). Suruh tinggal dosa dan maksiat, tidak juga ditinggalkannya. Pendekata, dia tak mahu taat dan patuh kepada Allah swt. Dua puluh empat jam dalam hidupnya adalah dua puluh empat jam yang penuh keangkuhan dan penderhakan.

Bilamana tidak mahu taat, seseorang itu bukan lagi dikatakan hamba Allah. Dia telah bertukar menjadi hamba syaitan dan hamba nafsunya sendiri hingga tergamak ia membesarkan diri dan angkuh di hadapan Duli Kebesaran Allah SWT walhal hakikat dirinya hanyalah hamba yang diciptakan Allah dalam keadaan yang maksima lemah, hanyir, kerdil, hina dina, jahil, dungu dan alpa.

Orang yang sombong kepada Allah dan sesam manusia tidak akan dapat memasuki syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang jernih dan dingin sebagaimana tidak mungkin sama sekali seekor unta yang tidak mungkin dapat memasuki lubang jarum.

Firman Allah swt: “Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit (amalan doa mereka tidak diterima) dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya).” (Surah Al A’raf: 40-41).

Cuba lihat dan saksikan betapa banyak dan berseliratnya di dalam masyarakat kita segala macam perbuatan, tindakan dan aktiviti yang menampakan kesombongan yang melampau kepada Allah dan rasulNya. Banyak sekali perintah Allah dan Rasul di abaikan dan larangan-larangan keduanya diabaikan. Inilah petanda dan alamat kesombongan dan ketakburan.

Imama Muslim meriwayatkan dari Slamah bin ‘Amr bin Akwa’ r.a. bahawa seorang lelaki telah makan di hadapan Rasulillah saw dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah saw menegurnya dengan bersabda: “Makanlah dengan tangan kananmu.” Lelaki itu menjawab: “Saya tidak boleh memakan dengan tangan kanan.” Rasulullah dengan nada murka berkata: “Pasti boleh! Kesombonganlah yang menjadikan kamu berkata tidak boleh.” Lalu ia (lelaki tersebut) pun makan dengan kanannya.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial