INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, February 19, 2010

HIKMAH: NATIJAH ILMU+AMAL

Luqmanul Hakim adalah sosok tubuh yang tidak asing lagi pada kita. Sekali pun tidak pernah bertemu lantaran jarak masa dan zaman yang berbeza namun kita rasa amat dekat sekali dengannya lantaran segala kisah kebaikannya telah diabadikan Allah di dalam al quran untuk teladan dan iktibar sepanjang zaman.

Firman Allah swt: Dan sesungguhnya Kami telah menganugerahkan hikmah kepada Luqman; maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (berterimakasih), maka ia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Surah Luqman ayat 12).

Siapakah Luqman?

Kebanyakan para ulama dan mufassirin berpendapat bahawa beliau adalah seorang lelaki yang soleh lagi bijaksana dan beliau bukanlah seorang Nabi yang diutuskan.

Hikmah yang dianugerahkan Allah kepada beliau hingga mencapai gelaran Al Hakim yang bermaksud Luqman yang penuh bijaksana. Padanya Allah berikan ketinggian akal budi, keluasan ilmu dan kesempurnaan amalan. Dikurniakan juga padanya Al Isobah yakni ketepatan di dalam segala keputusan dan tindakannya.

Dalam ayat di atas Allah swt memberitahu kepada Nabi saw dan umatnya bahawa Dia telah menganugerahkan Hikmah kepada Luqman yang mana Hikmah itu juga adalah ilmu tentang kebenaran, ilmu tentang hukum-hakam agama serta pengetahun berkenaan rahsia-rahsia yang terkandung di dalam hukum-hakam itu. Inilah keistimewaan seseorang yang bersifat Hakim yang diberikan hikmah yang membezakannya dari alim biasa dan menjadikan maqamnya lebih tinggi di sisi Allah dari sekadar alim biasa kerana tidak semua insan alim yang ada di muka bumi ini dikurniakan hikmah.

Kesimpulan yang penting untuk kita fahami ialah seorang yang alim itu akan mencapai anugerah hikmah di sisi Allah bilamana ia berjaya menggabungjalinkan di antara ilmu dan amal. Bila ilmu dan amal bergerak selari dan seiringan di dalam kehidupan, maka saat itu tercetus dan hadirlah hikmah anugerah Ilahi atas diri seseorang. Jesteru, Hikmah juga disimpulkan dengan makna AL ‘ILMUN NAFI’ (ilmu yang bermanfaat ) dan AL ‘AMALUS SOLEH (amal yang soleh).

Setelah dianugerahkan dengan segala macam nikmat-nikmatNya, maka Allah mahu hamba-hambaNya tidak lupa bersyukur kepadaNya. Setelah Luqman beroleh Hikmah, Allah juga mahu dia bersyukur dan berterimakasih kepadaNya. Kerana dengan sifat syukur sahajalah seorang hamba yang mendapat nilmat Allah itu bakal beroleh keberkatan dan kelebihan yang berganda-ganda di sepanjang kehidupannya.

Setiap hamba hendaklah mengetahui dan memahami bahawa bilamana ia bersyukur, maka manfaat syukur itu akan kembali ke atas dirinya bahkan ia beroleh pahala yang banyak natijah syukur itu. Sebaliknya bilamana ia kufur, maka beban dosa dan siksa itu akan ditimpakan kembali atas dirinya juga.

Kepada orang yang tidak mahu bersyukur malah bertukar kufur, hendaklah ia tahu dan ingat bahawa Allah sedikit pun tidak terkesan dengan kederhakaannya itu. Allah tidak akan jatuh fakir kerana kejelikan perangainya itu kerana Allah itu Maha Kaya di atas segala makhlukNya. Sekalipun sekelian peduduk dunia kufur dan menderhakai Allah, ia tidak akan memudharatkan Allah sedkit pun. Sekali lagi, kerana Dia Tuhan Yang Maha Kaya. Mudharat hanya akan kembali menimpa orang-orang jahil, sombong lagi tidak bersyukur.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial