Kangar:14 Feb 2010
1. Seruan dan kempen untuk memakmurkan rumah Allah (masjid) adalah seruan dan kempen yang releven sepanjang masa, sepanjang musim bahkan sepanjang hayat kita. Kempen yang dilakukan bertujuan memeriahkan masjid adalah usaha mulia dan wajar disambut oleh seluruh masyarakat Islam tak kira di mana saja mereka berada. Seruan untuk memakmur dan menghidupkan aktiviti masjid adalah seruan untuk mengagungkan Allah swt, menuruti teladan dan sunnah Rasulillah saw dan meninggikan syiar Islam itu sendiri.
2. “..Masyarakat hendaklah memanfaatkan masjid sebagai tempat menyuburkan ikatan kemesraan dan hubungan masyarakat melalui pelbagai kegiatan. Masjid bukan sekadar institusi agama semata-mata tetapi peranannya jauh lebih besar termasuk sebagai institusi yang boleh merapatkan jurang perbezaan pandangan dan fahaman masyarakat,” ucap Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu semasa merasmikan program ‘Jom Pi Masjid’.
3. Program "Jom Pi Masjid" adalah anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perlis, Bank Rakyat dan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) di Masjid Ibu Sina, Tok Kayaman di Kangar.
4. Ribuan penduduk membanjiri perkarangan masjid itu bagi menyertai pelbagai kegiatan termasuk pertandingan memproses bubur, pertandingan mewarna dan menyaksikan pameran serta demonstrasi pada program itu. Program Jom Pi Masjid itu akan berakhir malam ini dengan program forum perdana ehwal Islam.
Bernama@sahabatamal
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment