APIA/30sept09:
1. Allahu Akbar!Tsunami melanda lagi! Empat tahun setelah ‘Tsunami Mega’ yang melanda hampir 11 negara yang mengorbankan lebih kurang 230,000nyawa pada 2004 lalu.
2. Tsunami kali ini tercetus ekoran gempa bumi kuat 8.0 magnitud yang melanda Kepulauan Pasifik Selatan di Samoa awal pagi ini menyebabkan banyak kampung 'ditelan' tsunami.
3. Penduduk Samoa Amerika mendakwa ombak yang melanda itu menjulang lebih 9 meter (30 kaki) membadai perkampungan mereka.
4. Seorang wartawan tempatan memberitahu AFP, keseluruhan perkampungan di pantai Samoa dihanyutkan oleh tsunami yang disifatkan paling buruk. Kawasan itu dilaporkan mempunyai ribuan penghuni.
5. Ibu negara Samoa, Apia kini tenggelam dengan pihak berkuasa berusaha untuk menyelamatkan ribuan mangsa ke tempat lebih tinggi. Saksi memberitahu, ombak menghanyutkan kereta, bangunan dan rumah penduduk dengan keadaan seperti 'padang jarak padang terkukur'.
6. AFP melaporkan angka kematian akibat gempa kuat dan tsunami di Kepulauan Pasifik kini meningkat kepada 36 orang. 22 orang disahkan maut di Samoa Amerika manakala 14 lagi di Samoa dan angka itu dijangka bertambah lagi.
7. Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat mencatatkan gempa berukuran 8.0 magnitud melanda jam 6.48 pagi waktu tempatan (1748 GMT) di kedalaman 18 kilometere (km) di 195km selatan ibu negara Apia. - AFP
Sumber: Beritaharian Online / sahabatamal
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment