Perjalanan menuju Allah itu adalah perjalanan yang sangat panjang dan teramat jauh. Namun, sejauh manapun perjalanan itu, kita mestilah bersemangat mengorak langkah menapak di atas di atas denai, lurah, kerikil dan aspalnya kerana ia perjalanan yang diberkati.
Di penghujung perjalanan yang jauh itu menanti sebuah kehidupan dan kebahgiaan yang abadi yang dijanjikan Allah buat hamba-hamba yang beristiqamah dan bermujahadah di jalanNya. Ya, Ganjaran setimpal buat mereka yang berpenat lelah dan bermandi keringat di jalanNya.
Orang yang menempuh jalan-jalan ketuhanan itu digelar Salik (Salikin). Sepanjang perjalanannya menuju Tuhan, ia bakal berhadapan dengan 1001 macam dugaan serta ujian dan mehnah yang tidak sedikit. Ini kerana sepanjang sejarah kehidupan manusiawi, semua itu telah pun tercatat bahkan terpahat sebagai ‘sedikit’ mahar yang harus dibayarnya demi menagih redha Tuhannya juga nikmat syurgawi yang menanti.
Jesteru, jiwa salik perlu teguh dan imannya perlu utuh. Agar perjalanannya selamat sejahtera, terpelihara dan sentiasa di dalam ‘inayah Allah, maka tidak dapat tidak hendaklah ia terus khusyuk memohon pertolongan kepada Allah swt. Ya, di dalam semua urusan dan keputusannya.
Apa tidaknya? Kepada siapa lagi Salik dapat memohon pertolongan dan bantuan kalau bukan dari Khaliqnya? Dari Allahlah, mutlaq datangnya pertolongan dan kepadaNya kembali segala hajat dan urusan.
Perhatikan, selama-lamanya Allah mengajar kita supaya jangan putus-putus berdoa memohon pertolonganNya. Bukankah di dalam solat, kita telah mengulang-ulang pengharapan itu tanpa jemu? “Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan.” (Al Fathah: 5)
Sentiasa meminta dan memohon padaNya itulah yang diungkapkan para ulama al amilin sebagai ‘hakikat Tauhid’ yang membawa erti meng‘esa’kan Allah swt di dalam peribadatan dan pengabdian juga tempat sekelian hamba memohon pertongan.
Sabda Nabi saw: “mohonlah pertolongan dan janganlah berasa lemah.” (Riwayat Muslim daripada Abi Hurairah).
Selain menjadi senjata ampuh bagi para mukminin, doa juga berfungsi sebagai sebab rohaniah yang disyariatkan Allah sebagai pertolongan buat mereka dalam melaksanakan segala tuntutan juga menampung segala keperluan.
Ironisnya, Saat-saat di mana segala usaha manusia menjadi buntu, segala ikhtiar materialnya menjadi tidak menentu atau kekuatan lahiriahnya menjadi tepu, maka apakah lagi kemuncak harapannya yang masih ada?
Nah, saat itu.., Allah jualah yang berada di hadapannya, sudi mendengar sendu rayu dan rintih munajatnya bahkan tidak pernah menyisih atau meninggalkannya.
Ya.., kita ada Allah yang Maha Kaya lagi Maha luas pintu RahmatNya. Allah swt mahu sekelian hamba yang rindukan redha dan syurgaNya agar terus mengetuk pintuNya itu tanpa jemu dan tanpa henti.
Di hadapan pintuNya, manusia disuruh berdoa dan memohon kurniaanNya. Hanya Dialah yang memperkenankan segala permohonan hamba-hambaNya. Tiada selian Dia..
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
1 comments:
salam ustaz,
Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam
Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya
p/s: nak duit raya pakcik Mal ..
pinta anak-anakku ..hehe
Post a Comment