Dari Mughirah RA menceritakan ; Nabi Muhammad SAW telah berdiri begitu lama di dalam solatnya hingga kedua kakinya menjadi bengkak. Ketika ditanya Tidakkah Allah telah mengampuni tuan segala dosa yang dahulu dan akan datang? Baginda menjawab Tidak bolehkah daku menjadi hambanya yang bersyukur? [Hadis riwayat Bukhari].
Lihatlah! Berdirinya Nabi saw di dalam solat adalah berdirinya hamba yang bersyukur. Bagaimana agaknya ruh qiyam kita di dalam solat kita?
Tanpa penghayatan, ilmu dan kesedaran, qiyam atau berdirinya seseorang di dalam solatnya itu tak lebih bagai tunggul pokok yang mati, layu kekeringan dan menanti rebah.
Ketahuilah, bahawa berdirinya kita di dalam solat lima kali sehari semalam itu membawa maksud, didikan dan pengajaran besar di dalam hidup kita.
Meskipun kita disyaratkan supaya berdiri tegak di dalam solat, namun kepala kita yang merupakan anggota teratas dan tertinggi dari sudut biologi kita hendaklah ditundukkan sebagai isyarat tunduknya hati kita kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Tunduknya hati kepada Pencipta adalah sikap tawadhuk, merendahkan diri, meninggal dan menanggalkankan keangkuhan dan kesombongan yang bersarang di dalam jiwa.
Prof. Hamka dalam bukunya Falsafah Hidup (1964) mencatatkan: “.. Kita berdiri di hadapan Allah dengan hati yang tunduk, merasai dengan insaf bahawa kita ini hanya seorang hamba yang hina dina dan kecil di hadapan kekuasaan Yang Maha Besar itu.”
Kala tubuh berdiri tegak dan lurus bertawajjuh kepada Rabbul ‘Izzati, fikiran hendaklah dibawa mengingatkan betapa dahsyatnya saat-saat berdirinya sekelian hamba di hadapan Allah pada hari kebangkitan, saat di mana manusia akan diminta pertanggung jawabannya terhadap segala apa yang dikerjakannya selama persinggahannya di dunia yang fana.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment