Seorang mukmin yang cemerlang dan berjaya ialah seorang mukmin yang khusyuk di dalam solatnya. Hati turut tunduk, ruku, berserah dan bersujud kepada Allah bersama tunduknya sekelian anggota.
Firman Allah swt: “sesungguhnya berjaya (beroleh kemenangan)lah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk didalam solat mereka”. (Al mukminun: 1-2)
Perlakuan solat nampak macam mudah dan ringan, namun ia tidak seperti yang kita sangka. Untuk melaksanakan solat yang sempurna, ia tidaklah semudah menyebut A, B, C dan D. Ini kerana ia memerlukan tumpuan sepenuh hati terhadap Allah swt.
Ukuran kesempurnaan pahalanya dan pemakbulannya tertakluk kepada tahap dan sejauh mana kekhusyukkan pelakunya tidak sepertimana ibadah-ibadah yang lain. Sungguh sebagaimana yang dinyatakan Allah bahawa ia sangat berat melainkan bagi hamba-hamba yang khusyuk.
Tanpa khusyuk, maka sukar sekali untuk kita mencapai matlamat ‘kejayaan hakiki’ sepertimana yang dinyatakan Allah dalam surah al Mukminun di atas. Kejayaan Hakiki itulah objektif atau maksud sebenar lewat solat yang kita dirikan.
Jesteru, hamba yang mempunyai kekuatan iman yang tulen sahaja yang dapat mengerjakan solat dengan sempurna, tekun dan ikhlas sepanjang kehidupannya dalam apa jua situasi dan keadaan, tidak kira di masa sihat atau terlantar sakit, saat diulit kekayaan amupun saat dirundung kemiskinan, di kala senang maupun susah.
Bayangkan! Kekuatan apakah ini? Saat manusia lain enak melayan tidur dan dibuai mimpi-mimpi indah, hamba yang mukmin membelah kesejukkan malam dan menyingkir godaan nafsu, menyeru diri sendiri agar bersedia untuk bangun disepertiga malam ataupun saat azan dikumandangkan, menyahut panggilan Ilahi demi mencapai redha yang diimpi. Semuanya kerana dia amat yakin betapa ‘As Solatu Khairum minan Naum’.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment