INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, September 10, 2009

PERMULAAN KEHIDUPAN MANUSIA

Penting sekali bahawa setiap insan di muka bumi ini berusaha untuk mengenali dirinya sendiri. Dalam kata-kata yang lain dapat mengetahui asal usul serta bagaimana permulaan dan latar belakang hidupnya. Demikian juga hendaklah berusaha untuk mengetahui dan mencari jawapan apakah matlamat dan tujuan utama penciptaannya di dunia ini?


Dengan pengetahuan yang jelas dan kefahaman yang betul itu mudah-mudahan akan semakin teguhlah iman dan keyakinannya terhadap kekuasaan dan keagungan Allah swt, Tuhan Yang Maha pencipta. Dan terasa pulalah betapa dirinya amat lemah, kerdil, hina, jahil lagi tidak berdaya apa-apa di hadapan duli kebesaranNya.
Al quran menjelaskan bahawa penciptaan kita yang pertama adalah dari:

1.Tanah

Dalam surah Al Hajj ayat 5 Allah swt berfirman yang maksudnya: “Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup senula pada hari kiamat nanti) maka (perhatikanlah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari sebuku darah beku..”.

Manakala penciptaan kita yang kedua adalah bersumberkan:

2. Mani (Nutfah) yang hina dina.
Bermula dari pernikahan dan perkahwinan suami dan isteri yang membawa kepada hubungan badaniyyah, maka berlakukan pertemuan dan percampuran mani di antara mereka berdua yang akhirnya terbentuklah sesuatu yang dinamakan janin.
Telah nyata bahawa perkongsian hidup Ibu dan ayah itulah yang menjadi asbab kehadiran kita ke dunia ini. Namun hakikat dari kesemua itu dan penjelasan di sebalik semua itu ialah bahawa keberadaan dan kehadiran kita di mayapada ini adalah bertitik tolak daripada rencana, ketentuan dan iradat Allah Yang Maha Yang Maha Wujud lagi Maha Pencipta.

Manusia di alam kandungan
Secara Sunnatullah, janin yang terbentuk di dalam kandungan seseorang ibu itu melalui peroses perubahan dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Proses perubahan yang sempurna itu berlaku di dalam tiga peringkat yang mengambil masa lebih kurang 120 hari.

40 hari pertama – sebagai Nutfah (mani)
40 hari yang kedua – sebagai ‘Alaqah (segumpal darah)
40 hari yang ketiga – sebagai ketulan daging (Mudghah).
Setelah genap 120 hari janin di dalam kandungan, maka Allah swt mengutus malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya dan mencatatkan baginya empat perkara sepertimana yang tercatat di dalam hadis Nabi saw.

Lihatlah bagaimana Allah menjelaskan perkara tersebut di dalam firman-firman berikut.
Dalam surah Al Hajj ayat 5 Allah swt berfirman yang maksudnya: “Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup senula pada hari kiamat nanti) maka (perhatikanlah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari sebuku darah beku..”.

Allah swt berfirman lagi:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kami jadikan (dari) pati itu setitis benih pada tempat penetapan yang kukuh (rahim). Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan dari darah beku itu menjadi seketul daging kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu , Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” (Al Mukminun ayat 12-14).

Lihatlah bagaimana Islam menerusi wahyu ilahi telah mendahului cerdik pandai dan saintis barat dalam mendedah, menetap dan menentukan proses pembentukan janin di dalam kandungan. Ternyata dalam hal ini, cerdik pandai barat telah mencedok asas pemgetahuan ini dari Kitabullah yang suci kerana dikatakan penemuan dan pemggunaan x-ray di Eropah hanya dikenali pada awal abad ke 19. Fatabarakallahu Ahsanul Kholiqin.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial