INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, September 27, 2010

SAYYIDAH RUQAYYAH RDHA


1. Sayyidah Ruqayyah RDHA adalah puteri sulung Rasulullah SAW.
2. Dilahirkan pada tahun ke dua puluh sebelum Hijrah Nabi SAW ke Madinah.
3. Sebelum hijrah, beliau telah berkahwin dengan 'Utbah bin Abi Lahab (Musuh Allah) yang kemudiannya telah diceraikan oleh suaminya setelah turun surah Al Masad yang mencela kebiadaban Abu Lahab ke atas Rasulillah SAW.
4. Abu Lahab sendiri yang mengarahkan supaya anaknya'Utbah menceraikan Sayyidah Ruqayyah RDHA.

5. Sayyidah Ruqayyah RDHA telah memeluk Islam serentak bersama ibunya Sayyidah Khadijah Al Kubra.
6. Beliau juga turut membai'ah Rasulullah SAW.
7.Setelah Islamnya,beliau telah dikahwini oleh Saidina Uthman bin 'Affan RDHU.
8. Turut sama berhijrah di dalam dua hijrah yakni ke habsyah kemudiannya ke Madinah Al Muanwwarah.
9. Dikatakan bahawa Saidina Uthman tidak dapat hadir dalam perperangan Badar kerana Sayyidah Ruqayyah jatuh sakit.
10. Sepanjang tempoh itu, Saidina Uthman sentiasa berda disampingnya,menjaga dan merawatinya.
11. Namun, sakit Sayyidah Ruqayyah semakin berat dan beliau telah meninggal dunia saat perperang Badar sedang berlangsung.Beliau kembali kerahmatullah 17 bulan selepas peristiwa Hijrah. Wallahu a'lam.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial