INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, September 30, 2010

KERAKUSAN KAPITALIS + KELEMAHAN IMAN (JATIDIRI) ANAK BANGSA = ??


BUTTERWORTH (29 Sept 2010)
Salam..
Harini ini nak tulis pasal telefon bimbit.

Telefon bimbit kita adalah harta kita. Pemilikan kita.
Saya pernah terbaca satu hadis Nabi saw yang menyebutkan bahawa sebaik-baik harta adalah harta org beriman..

Harta yang ada di tangan orang beriman. Kenapa ya?
Harta atau apa benda pun, bila berada di dalam tangan orang beriman, maka akan diguna dan dihalakan ke cara dan penggunaan yang betul lagi diredhai Allah.
Itulah nilai dan harga diri orang yang beriman.

Iman yang ada di dalam dirinya menjadi pagar yang memelihara dirinya dari sifat keji dan hina. Iman yang bersemi di dalam jiwanya menjadi pendorong ke arah kebaikan dan ketaqwaan.

Balik cerita telefon bimbit.

Media cetak melaporkan baru-baru ini laporan berikut. "..Asalkan membawa keuntungan, peniaga kedai menjual telefon bimbit dan kad prabayar kini menukar strategi dengan menjadikan klip video lucah sebagai 'umpan' untuk menarik pelanggan.."

Apa taktik yang mereka pakai?

Sebagaimana didedahkan oleh Ketua Cawangan Unit Penguat Kuasa, Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri cawangan Pulau Pinang, Mohd. Naim Hashim bahawa puak kapitalis yang rakus itu telah menggunakan taktik terbaru paling berkesan. Mereka menawarkan perkhidmatan muat turun klip video lucah untuk dipilih yang kebanyakkannya memaparkan aksi panas remaja tempatan dengan bayaran hanya RM10 sahaja.

Pelanggan hanya perlu pergi ke kedai menjual telefon bimbit tertentu yang menawarkan perkhidmatan berkenaan dan memuat turunkan klip video yang menjadi pilihan ke dalam kad memori.Jika ingin menambah koleksi klip video lucah yang lain, pelanggan boleh berbuat demikian di kedai berkenaan sebanyak mana yang dimahukan pada harga yang sama.

Lihatlah, pihak kapitalis yang berada di sebalik penjualan telefon bimbit itu dah tak kira apa dah. Janji masyuukk. Janji untung kaw-kaw punya.

Puak kapitalis tak kisah tentang natijah dan bahana yang akan berlaku.
Remaja-remaja nak jahanam pun jahanamlah. Masyarakat nak lingkup pun biarkanlah. Siapa peduli. Janji bisnes jalan. Yang penting masyukkk...masyukkk.

Idea jahat kapitalis sebegini bukannya idea baru. Idea jahat serupa ini dah lama mereka praktikkan sejak lama dulu diserata dunia.

Cuma bila sekali sekala media buat laporan, masyarakat kita riuh, gamat dan hebohlah sekejap. Lepas tu masyarakat jadi lupalah seketika sebab media buat laporan isu lain pula. Isu lain pula jadi panas. Isu gambar (video) lucah jadi sejuk dan barangkali akan berhenti diperdebatkan.

Waktu kita beralih isu ataupun waktu isu gambar dan video lucah jadi sejuk di tengah khalayak, kapitalis tetap dengan cara, gaya dan modus operandi mereka.
Kapitalis tetap kapitalis. Kerja mereka tetap berjalan dan diteruskan kerana sebagaimana diketahui umum mereka telah lama memonopoli pentas ekonomi dunia.

Ceritanya...siapa yang banyak jadi pelanggan (mangsa) puak kapitalis itu?
Jawabnya, siapa lagi kalau bukan remaja-remaja Islam kita yang lemah iman dan hilang identiti Islam mereka.

Hari ini, dunia perkembangan dan capaian telefon bimbit maupun internet begitu pesat dan pantas sekali.

Tak terkejar kita dibuatnya.

Kalau di sekitar akhir tahun 80 an dan awal tahun 90 an dulu telefon bimbit hanya digunakan oleh golongan dan kelompok tertentu kerana ianya baru diperkenalkan dan mungkin harganya agak mahal.

Namun setelah berlakunya ledakan globalisi atau dunia tanpa sempadan, telefon bimbit dan internet bukan hanya menjadi milik orang berada sahaja, bahkan kini telah berada ditangan siapa saja hatta anak kecil di tadika pun sudah memilikinya kerana harganya yang mampu milik dan lambakannya di pasaran samada yang 'baru sampai' ataupun yang 2nd. Perkembangan telefon bimbit yang sentiasa up to date khasnya menjadikan kegilaan orang ramai khas golongan remaja tidak pernah reda.

"Mau new punya ka 2nd punya? Berapa bajek you haa?" tanya salesman macam biasa.

Salah guna

Yang sedihnya, kemajuan capaian telefon bimbit dan internet yang sepatutnya mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada umat manusia telah menjadi sebaliknya.
Ia telah disalah guna!

Sesuatu yang sepatutnya menjadi suatu kemudahan dan keperluan mereka telah bertukar menjadi 'gajet' Mazmumah yang mencetuskan kesan negatif, membenihkan dosa, melebarkan ruang-ruang fitnah serta menyumbang kepada keruntuhan moral.

Kenapa patut jadi begitu?

Walhal Islam mendorong Teknologi dan sangat merai kemajuan.
Islam tak pernah menolak kemajuan asalkan ia dibangunkan atas dasar iman dan taqwa.
Ya, Telefon bimbit dan internet tidak bersalah apa-apa. Ruang pahala dan manfaat keduanya amat banyak sekali. tepuk dada tanya iman.

Yang salah ialah bagaimana cara kita menggunakannya.
Ia berbalik siapakah diri kita yang sebenarnya...
Beriman atau tidakkah kita?
Kita suka pahala atau suka dosa?

Bila ditangan orang beriman, telefon dan internet menjadi sungai pahala.
Namun, bilamana keduanya dan segala kecanggihan dunia berada ditangan orang fasiq, jatuh ke tangan orang yang lemah iman dan jatidirinya, maka segala kemudahan dan kecanggihan yang ada akan menjadi sungai dosa dan kederhakaan.

Perhatikanlah anak-anak remaja kita yang lemah jatidiri dan kabur matlamat hidup mereka. Telefon bimbit menjadi alat memadu asmara dengan couple mereka. Sms dan MMS tak henti berbalas. Kerana kemaruk cinta monyet itu, dosa dan pahala dah tak ambil kira, pelajaran diabaikan, perasaan kedua ibubapa tak dipedulikan. Guru tak dihormati lagi. Internet pula menjadi alat yang sangat melekakan dan alat membaja dan memuaskan nafsu. Berjam-jam di cyber cafe sehingga tinggal solat, bermain games secara liar dan lucah kerana saling carut mencarut dan memakin hamun serta meratah laman-laman porno yang menurut laporan kajiannya remaja Melayu kitalah yang paling tinggi melakukannya.

Bukankah ia menjadi gajet dosa lagi mengundang kemurkaan Tuhan? Bahkan dosa itu berganda-ganda lagi andai mereka mendownload, menyimpan dan berkongsi gambar dan video lucah sesama mereka.

Inikah kemajuan yang kita inginkan?
Inikah generasi soleh solehah yang kita impikan?

Kesimpulannya: Kerakusan kapitalis + kelemahan iman (jatidiri) anak bangsa = kemungkaran (cinta monyet, zina, buang & bunuh anak) Kehinaan & kerosakan (akhlak, nama baik & keturunan)& hilang kekuatan (terjajah lahir dan batin) & kemurkaan Tuhan (mengundang azab)

Macam pisau

Lihatlah kejadian (jenayah) pembunuhan yang banyak berlaku akhir-akhir ini.
Paling tidak, para pembunuh telah membunuh mangsanya dengan menggunakan pisau.
Walhal pisau itu, bila berada ditangan mukmin, maka berfaedah dan bermanfaatlah jadinya.

Namun bila berada di tangan si fajir, maka kejahatan tak dapat di elakkan lagi. Nyawa yang tidak berdosa turut menjadi mangsa.

Maka, marilah kita kembali ke pangkal jalan.
Sistem pendidikan yang kita lagangkan mestilah berupaya mencetuskan taqwa, iman, kesedaran dan akhlak mulia. Para kuasawan, Ibubapa, ulama, pendakwah dan para pendidik mestilah mumahasabah diri dan berkerja keras menanamkan iman dan akhlak mulia di dalam jiwa putera puteri anak bangsa kita.

Ingatlah, yang kita semua akan ditanya di hadapan Allah SWT di padang Mahsyar nanti.

Antaranya berkenaan apa?

Berkenaan pendidikan, peribadi, syaksiah dan rohaniah anak-anak kita.
Anak-anak yang diamanahkan Allah buat sementara kepada kita.Maka, apa jawapan kita? Renung-renungkan.

Jesteru. pangkal segala urusan kita ialah kembalilah kepada Islam, kepada iman dan akhlak mulia. Sama-samalah kita bertawakkal dan memohon pertolongan Allah agar diselamatkan umat ini dari kecelaan dan kehinaan.

sahabatamal: Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjwab tersebut!Selagi ada supplier, selagi itulah ada permintaannya.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial