INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, September 22, 2010

BERPADA-PADALAH!

Bilamana seseorang telah menjadi orang terpelajar, menyandang gelaran ilmuan dan cendiakawan, menjadi ketua yang dilantik lagi menanggung amanah orang ramai, menjadi public figure yang menjadi tontonan bahkan ikutan orang ramai maka peribadinya hendaklah menjadi peribadi contoh dan menampilkan teladan terbaik sebagaimana dituntut oleh agama.

Mahu tidak mahu, suka tidak suka, satu perubahan diri yang besar haruslah diusahakan. Ya, bukannya berlakon atau buat-buat berubah. Bukannya bersandiwara sebaliknya benar-benar berubah dan berhijrah kerana Allah. Sikap-sikap yang negatif dan sifat-sifat yang membawa kerendahan hendaklah dihindari demi menjaga maruah dan keterampilan diri.
Seorang tokoh, pemimpin dan ilmuan Islam bukan hanya milik keluarganya sahaja. Bukan milik orang kampungnya sahaja. Dia juga adalah milik masyarakat dan milik ummah secara umumnya.

Sebagai insan yang diikuti, Budi pekerti dan akhlak mulia itulah pakaiannya. Beradab sopan, lemah lembut, penyayang, suka memaafkan, berlapang dada, mudah mesra, pemaaf, mengambil berat, tepati masa, meringankan beban, bercakap benar, menunaikan janji, bersikap ambil peduli, mengutamakan orang lain, suka memberi itulah perhiasan dirinya.

Sebagai teladan orang ramai, ia hendaklah meninggalkan tabiat dan sifat sombong diri, angkuh, suka membantah, penting diri sendiri,lemah jiwa, pasif, bermewah-mewah, malas beribadah, pergerakan yang kasar, berpeleseran, memelihara pergaulan, komunikasi yang buruk, cakap tidak serupa bikin, membuang masa, selekeh dan ketawa terbahak-bahak.

Pendekata, ia hendaklah sedaya upaya memelihara syakhsiahnya dengan tidak memapar dan menunjukan contoh yang buruk dan syakilah yang rendah agar Islam tidak terpalit fitnah.

Satu hari As Syeikh Fudahil bin 'Iyadh rahimahullah melihat segolongan (ulama) dari kalangan ahli hadis sedang berlawak dan berketawa. Beliau menegur mereka dengan lembut sambil berkata: "Berpada-padalah, sesungguhnya kamu ada para imam (pemimpin)yang menjadi ikutan orang ramai." (As Siyar 8/435).

Semoga diri kita terpelihara dari fitnah, mazmumah, nifaq dan sifat-sifat kerendahan.Amin.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial