INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, September 25, 2010

MICHEAL MOORE RAYU DERMA UNTUK PEMBANGUNAN PARK 51


WASHINGTON: Pelik tapi benar! Atas nama kemanusiaan, Michael Moore, Pengarah filem Amerika Syarikat, telah mengumpul AS$60,000 (RM192,000) untuk pembinaan Park51, sebuah pusat budaya termasuk masjid yang mencetuskan kontroversi kerana terletak dekat lokasi serangan 11 September 2001 di New York.

Dalam rayuan kepada peminat dan penyokongnya pada ulang tahun ke-9 tragedi berkenaan, Moore berikrar untuk turut memberi sumbangan sama nilai untuk derma membina Park 51 jika ada penyokongnya yang menderma AS$10,000 (RM32,000).Kurang 48 jam setelah rayuan dan kempen itu, sumbangan dan derma yang terkumpul daripada seluruh Amerika didapati lima kali ganda daripada nilai berkenaan.

“Ekonomi negara tidak begitu baik dan menyokong saudara Muslim kita bukanlah satu perkara popular sekarang. Saya rasa terharu dengan sumbangan anda dan semua orang di seluruh dunia tahu andalah yang mewakili Amerika, sesuatu yang jarang mereka saksikan,” kata Moore dalam blognya.

Fakta: Pusat budaya umat Islam Amerika itu juga akan menempatkan kolam renang dan teater serta dianggarkan memerlukan kos pembinaan AS$100 juta (RM320 juta). – Agensi

Sahabat Amal: Semoga Allah memberikan hidayah kepada Micheal Moore.

1 comments:

masshah said...

Biarpun agamanya berbeza namun semangat tolong menolong yang di tunjukkan sangat baik.

Semoga Allah memberi hidayah kepadanya..!

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial