INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, September 17, 2010

"KEMBALILAH KEPADA AJARAN AL QURAN," MUFTI KEDAH

ALOR SETAR -

1. Demi kesejahteraan dan kedamaian hidup bermasyarakat, kita haruslah harus kembali kepada ajaran al-Quran dengan melaksanakan hukum Qisas iaitu hukum balas bagi kesalahan jenayah melampau yang disifatkan kejam dan di luar tabii. Selain Hudud, Qisas yang dibentangkan Allah di dalam al quran kemudian dihuraikan pula oleh As Sunnah pasti dapat membendung manusia dari terus melakukan kejahatan dan kezaliman.
2. Hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci al quran adalah sesuai untuk semua zaman dan keadaan malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa dan bermakna pada masyarakat. Sebagai seorang Muslim, kita berkeyakinan dan penuh beriman bahawa tiada hukuman seadil, seindah, sebaik hukuman (Ketetapan) Allah di dalam al quran. Allah Maha Mengetahui dan Maha Faham apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya kerana Dia-lah Yang Maha Mencipta sekelian makhlukNya serta segala keperluan-keperluan mereka.

1. "..Hanya hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada pesalah dan orang sekeliling dapat membendung jenayah kejam daripada terus berleluasa. Hukuman sedia ada tidak mampu memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat, tidak hairanlah mengapa statistik jenayah makin berleluasa sehingga ada orang sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak dan membuang bayi tanpa ada belas kasihan" jelas Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad.
2. Bilamana hukuman-hukuman Allah dilaksanakan, maka dapatlah masyarakat kita melihat kesan (natijah) hebat daripada hukuman ini, contohnya mencuri hukumannya potong tangan. Lalu timbul dalam hati mereka rasa takut dan gerun untuk melakukan jenayah itu kerana boleh menyebabkan mereka hilang anggota badan. Oleh itu mereka tidak berani buat begitu pada orang lain kerana tujuan (matlamat) hukum balas ini adalah supaya pesalah merasai keperitan dan kesakitan mangsa. Subhnallah. Maha Suci Allah!
3. Bercakap mengenai punca atau faktor kepada jenayah dan kejahatan yang dilakukan oleh sebahagian manusia hingga menjadikan diri mereka lebih teruk daripada binatang, Sheikh Muhamad Baderudin berkata:
"..Manusia menjadi semakin kejam apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup berbunuhan demi harta kekayaan, tekanan hidup, gila harta dan kuasa. Sementara itu sikap cintakan duniawi punca berlakunya kepincangan dalam masyarakat. Kita sudah hilang nilai-nilai murni dan agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil."
4. Keindahan yang terpapar pada ajaran Islam yang syumul itu ialah tidak hanya mementingkan hukuman setimpal, sebaliknya sebelum pesalah dikenakan hukuman, mereka perlu diberi didikan. “Jika didikan tidak beri kesan, barulah dikenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran. Ini termasuk gejala sosial seperti buang anak dan berzina,” kata beliau lagi.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial