INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, July 6, 2009

MATI TANPA OTAK @ MATI TANPA IMAN?



LOS ANGELES – Tidak mengapa andai seseorang hamba Allah itu meninggal dunia dalam keadaan cacat tubuh badannya. Dalam kata-kata yang lain, tidaklah menjadi ‘fokus’ penting andai seseorang itu mati dalam keadaan tangannya cacat, kakinya kudung, matanya buta, telinganya pekak, lidahnya bisu ataupun seluruh badannya berpenyakit kulit.

Tidak mengapa andai seorangnya itu mati dalam keadaan giginya jongang, suaranya sengau, lidahnya gagap, lehernya senget, matanya juling, ataupun jalannya tempang. Tak mengapa andai seseorang itu disemadikan tanpa bersamanya limpa, paru-paru, buah pinggang, jantung maupun otaknya.


Mati tanpa otak?

Ya, macam Michael Jackson atau Mikaeel, nama Islamnya. Media melaporkan bahawa jenazah penyanyi terkenal itu akan dikebumikan pada Selasa ini (esok) tanpa otaknya. Ini kerana otak beliau telah dikeluarkan dalam tempoh tiga minggu bagi tujuan ujian dan analisis untuk mengetahui punca sebenar kematiannya.

“Ujian neuropatologi akan dilakukan bagi mencari petunjuk yang menyebabkan kematiannya namun, ujian itu tidak dapat dilakukan dengan segera, “ kata jurucakap pihak berkuasa di Los Angeles, Craig Harvey.

Sumber-sumber di pejabat koroner menyatakan otaknya sudah dikeluarkan sebelum mayatnya dihantar kepada keluarganya. Seorang anggota forensik akan menguji otak Jacko bagi mengetahui tahap penggunaan ubat-ubatan. Ujian itu boleh menunjukkan sebarang penggunaan alkohol dan penyakit yang dihidapi oleh Jacko.

"Otak tidak boleh diperiksa ketika bedah siasat dilakukan. Anda tidak boleh membuat ujian jika otak itu berada dalam tubuh. Justeru, ia perlu dikeluarkan. Pada kebiasaannya, otak itu akan diletakkan di dalam sebuah bekas plastik yang dicampurkan dengan bahan pengawet iaitu cecair formaldehid sebelum diletakkan di dalam peti sejuk,” jelas Dr. Cyril Wecht, bekas koroner dan salah seorang tokoh forensik patologi.

Kenapa dan mengapa?

Kerana Allah Maha Adil dan Saksama. Allah sekali-kali tidak memandang pada rupa lahir, pangkat, darjat, pengaruh dan harta seseorang. Keputusan dan penilaian Allah bukannya pada aspek-aspek luaran tersebut, sebaliknya pandangan Allah jatuh pada hati dan amalannya. Nilaian Allah jatuh pada jiwa dan apa yang terkandung di dalamnya.

Benar sekali. Nilaian Allah ta’ala semata-mata jatuh pada iman dan taqwa yang ada di dalam hati seseorang. Ya, tak mengapa andai seseorang itu mati tanpa otak, tangan, kaki atau sebagainya. Namun, yang paling bahaya ialah bilamana seseorang itu mati tanpa Islam, tanpa iman, tanpa hidayah dan tanpa taqwa.
Maka, pantaulah hati kita. Cermin-cermin selalu hati kita. Ambillah masa untuk menggilapnya. Cari dan isilah pengisian yang sesuai untuknya. Tak mengapa andai mata buta, tapi bahaya kalau hati buta. Tak mengapa kalau kulit hitam tapi amat bahaya kalau hati jadi hitam.



5 comments:

nazimsaid...

assalamualaikum ustaz,bolehkah dengan cara tersebut..bukankah menyeksa mayat.

SAHABAT AMAL said...

Salam nazim. memang ia menyakiti mayat. Cuma artikel saya merujuk kepada perbandingan semata-mata. Yakni jangan sekadar balik bertemu Tuhan dalam keadaan fizikal sempurna, sebaliknya yang lebih penting ia pulang dengan mebawa hati yang sempurna.

Artikel ini tidak bermaksud 'menyetujui' atau menghuraikan perlakuan mengeluarkan otak atau sesuatu organ dari tubuh jenazah. Andai dapat dielakkan, maka eloklah dielakkan.

Namun, dalam melihat kematian, nescaya kita akan melihat pelbagai bentuk dan sifat kematian yg berlaku. Ada yg putus kepala, putus kaki dan tangan. ada yg hancur lebur dsb. Ada yg tubuhnya nampak elok shj. Semuanya diluar kuasa dan ilmu kita. Allah sahaja yg maha mengetahui apa hikmah di sebaliknya.

Sekali lagi. Artikel ini hanya menfokuskan perlunya kita mensejahterkan hati kita sebelum pulang bertemu Tuhan. Terimakasih di atas respon anda.

nazimsaid...

terima kasih atas penjelasan ustaz.

Zaman Shah said...

Kematian Sebagai Motivasi

Setiap anak adam pasti akan menemui kematian,kematian adalah sesuatu yang pasti terjadi,ianya tidak di ketahui bilakah akan tiba waktunya kematian itu.Bila masanya,di mana tempatnya dalam keadaan apa pun tidak di ketahui oleh tiap manusia,tetapi sebagai manusia mesti menyakini sepenuh hati yang namanya kematian itu pasti akan menemui kita.

Ini bersesuian dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut(kematian).”

Jadi sebagai manusia yang di jadikan oleh Allah dengan kesempurnaan,kita sebagai mahluknya sudah sewajarnnya mensyukuri segala nikmat dan rahmatnya kerana dengan izinnya kita masih dapat menghirup udara yang nyaman saban hari,nyawa yang di pinjamkan kepada kita masih kita pergunakannya.

Apakah kita patut melupakan Allah?Dengan kata lain kita melupakan saat atau waktu-waktu apabila sakaratul maut menjemput kita?.Kemataian yang bakal entah bila tiba menjemput kita,kita lupakan begitu sahaja?.

Nabi pernah besabda: “sesungguhnya dengan mengingati mati hati akan menjadi tenang..”

Selalukah kita mengingati mati atau kamatian itu?.Sedarlah kehidupan kita hanya menumpang sahaja di bumi ini,dunia tempat persinggahan sementara sahaja hanya akhirat yang kekal abadi,di sanalah tempat kita selamanya.

Marilah sama-sama kita mengigati mati sebagai motivasi diri kita yang selalu alpa dan terleka dengan nikmat dunia yang semakin hari semakin mencengkam kehidupan kita sehingga kehidupan kita di hayal dan di lekakan dengan nikmat dunia yang sementara ini.

Mudah-mudahan kematian kita membawa Iman,Taqwa dan amalan yang Soleh.

Maaf Ustaz terlalu panjang

SAHABAT AMAL said...

perkongsian ilmu yg amat bermanfaat dari Zaman Syah. Amat dialu2kan. Syukran.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial