INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, July 6, 2009

BERCERAI KERANA KOPI TAWAR


KUALALUMPUR: Berkahwin pada usia muda itu memang elok dan amat digalakkan bagi menyempurnakan agama dan memelihara keimanan. Zaman ibubapa kita dulu-dulu, perkahwinan di usia muda ini merupakan amalan lumrah dan kebiasaan.

Biasa kita mendengar ada di antara mereka yang berkahwin pada umur belasan tahun. Alhamdulillah, perkahwinan mereka bahagia dan mampu bertahan sekalipun tak kering dugaan datang melanda.



Jesteru sekali lagi kita katakan, demi memelihara iman dan agama serta kesucian diri Di zaman serba moden kini, kita berpendapat amat elok dan praktikal sekali andai perkahwinan dilangsungkan pada usia muda. Ini kerana tarikkan kepada nafsu syahwat, perzinaan dan sumbang mahram begitu kuat sekali. Unsur-unsur ’pembangkit’ nafsu begitu ketara banyaknya dan terdedah percuma di depan mata.

Maka nafsu pun memberontak meminta agar syahwatnya yang membadai gila itu direda dan ditunaikan. Maka perkahwinanlah kaedah serta jalan yang halal bagi menanganinya. Itulah jalan yang paling mujarab menurut pesan rasul saw.

Namun, apabila runtunan nafsu dilampiaskan secara haram lebih-lebih lagi diusia muda sebegini maka natijahnya agama pun jatuh, iman pun luruh dan nasab keturunan pun runtuh. dizaman yang penuh fitnah ini, maka perkahwinan di usia muda haruslah dianjur dan digalakkan. Pun begitu, pasangan yang ingin berkahwin d usia muda ini mestilah mempersiapkan diri mereka dengan sebanyak mungkin ilmu asas agama dan ilmu asas rumahtangga. Tanpa persiapan asas ini, matlamat mulia untuk mendirikan ’masjid’ ini menghadapi konflik dan keruntuhan di pertengahan jalan.

Sekalipun pasanagn muda ingin mengikat janji perkahwinan di antara mereka, wajar dingatkan bahawa perkahwinan bukanlah permainan, lakonan atau produk perniagaan. Perkahwinan adalah amanah, tanggungjawab dan perkongsian hidup lahir dan batin. Kerana itu asasnya mestilah kukuh dan padu.

” Berkahwin pada usia terlalu muda tanpa asas agama serta ilmu rumah tangga yang kukuh menjadi antara faktor penyumbang kepada kes ‘cerai kilat’. Kes perceraian memang boleh berlaku hanya disebabkan perkara remeh-temeh kerana kekurangan ilmu mengenai perkahwinan di kalangan pasangan suami isteri yang masih muda,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Ralip.

“Kadangkala perkahwinan itu dilakukan selepas tempoh perkenalan terlalu singkat. Apabila sudah hidup sekali, mereka menyesal selepas melihat kekurangan pasangan masing-masing. Jadi tanpa fikir panjang, mereka memilih untuk berpisah sedangkan banyak lagi pilihan yang boleh dibuat untuk menyelamatkan rumah tangga. Malah dalam beberapa kes, perceraian dipilih hanya disebabkan perkara remeh seperti suami lupa membeli makanan dipesan, membuat minuman tanpa gula, lupa tarikh ulang tahun perkahwinan serta hari lahir dan suami sering bangun lewat,” katanya lagi.

”Bagi pasangan yang merancang untuk berkahwin hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan alam rumah tangga,” Mohamad Isa menasihatkan.



0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial