INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, July 14, 2009

DOSA MENGERASKAN HATI MANUSIA

Keras atau pun lembutnya sikap seseorang itu berpunca dari hatinya. Cuaca dan kondisi hati sangat mempengaruhi ragam, tingkah laku, aktiviti dan rutin harian hidup manusia.

Inilah di antara mutiara ilmu atau kaedah yang sangat penting lagi utama yang perlu diketahui, difahami dan diberi perhatian oleh:
a. Sekelian ibubapa saat menangani permasalahan sikap anak-anak.
b. Sekelian guru tika menangani sikap, ragam murid-murid (anak didik) mereka.
b. Para du’at, murabbi dan muballigh kala menghadapi permasalahan, penyakit, ragam dan karenah masayarakat.


Hatilah itu ’Mudghah’ sepertimana yang tersebut di dalam sepotong hadis Nabi saw yang mana ia amat mempengaruhi perbuatan baik dan buruk seseorang. Seluruh kebaikkan atau kejahatan yang sedang, akan dan telah berlaku lewat perilaku manusia itu adalah pantulan atau biasan dari kedalaman hatinya.

Sabda Nabi saw: "Ketahuilah di dalam tubuh badan itu ada seketul daging,
apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah segalanya,
ketahuilah, itulah hati.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)

Hadis Nabi saw itu juga memberi isyarat jelas betapa hati seseorang itu menjadi faktor pencorak hitam putih hidupnya.

Enjin

Hati diibarat enjin yang ada di dalam sesebuah kenderaan. Ia adalah komponen terpenting bagi sesebuah kenderaan itu. Andai enjinnya berada di dalam keadaan yang baik, maka kondisi kereta itu dikira amat baik.

Sebaliknya, andai enjin bermasalah dan asyik semput, maka akan besarlah masalah yang akan dihadapi kereta dan tuan punya keretanya sekali.

Enjin kereta akan bermasalah dan menuju kerosakan andai tuannya bersikap ’bermalas-malas’ untuk menjaga dan melakukan servis ke atas keretanya. Panduan atau ’manual’ yang diberikan tidak diendahkan. Jadual ’penukaran’ minyak hitam tidak diambil pusing. Kebocoran minyak hitam tidak diperdulikan. Air tidak disi secukupnya. Semua kita tentu dapat meneka dan mengagakkan apakah risiko yang bakal berlaku akibat kecuaian dan pengabaian itu.

Kewajipan menjaga dan memelihara hati

Demikian juga hati yang menjadi ’enjin’ atau lantera kehidupan manusia di dunia ini. Menjaga, memelihara dan mengawalnya adalah kewajipan yang dibebankan Alah ke atas pundak sekelian mereka.

Pengabaian kepada kesejahteraan hati merupakan satu kedosaan dan pengkhianatan terhadap amanah Ilahi. Membiarkan hati kotor, bermasalah dan berpenyakit akan mengakibatkan penderitaan, kehinaan dan kerosakan di muka bumi ini seterusnya berpanjangan ke akhirat sana.

Ironinya, penyakit-penyakit sosial dan gejala negatif yang bertali temali berlaku dalam kehidupan manusia adalah berpunca daripada hati mereka yang sakit, kotor, buta, keras dan sebagainya.

Bila hati berada di dalam keadaan yang situasi dan kondisi negatif tadi, maka ia akan menjadikan pemilikknya hidup dalam keadaan tidak tentu arah, hilang pedoman, hilang barakah, putus hidayah bahkan terus jauh dan hanyut dari rahmat dan kasih sayang Allah.

Tumpuan dan kecintaan hatinya kala itu semata-mata pada dunia yang sementara. Pada nikmat duniawi yang tidak lebih bagaikan air yang menintik di hujung-hujung jari semata-mata yakni setelah direndamkan ke dalam lautan luas lagi tidak bertepi.

Apa puncanya?

Persoalannya, kenapa hati jadi sakit, kotor, kasar, keras, buta atau terkunci?
Jawapannya pula adalah dari kerana dosa yang kita lakukan samada sedar ataupun tidak.

Maka, dosa-dosa itulah penghalang taqarrub kita kepada Allah swt. Dosa-dosa itulah yang mengeraskan hati kita hingga payah untuk menerima ilmu, nasihat dan teguran. Dosa-dosa itulah yang menjauhkan kita dari jalan kebenaran.

”Orang yang paling lembut hatinya ( hati yang tunduk dan patuh kepada Allah dan hati yang sejahtera) adalah orang yang paling sedikit (minimum) dosanya,” kata sorang tabi’in yang terkenal bernama Makhul Ad Dimsyaqi Rahimahullah.

2 comments:

Anonymoussaid...

السلام عليكم

Bersyukur ke hadhrat ALLAH kerana masih memberi nikmat Islam dan Iman dan dapat meneruskan perbincangan tentang satu maslahah yang cukup penting dalam menjadikan kita sebagai hamba ALLAH yang bertaqwa. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa hati merupakan punca utama untuk seseorang itu menjadi seorang hamba yang soleh. Kerana hati juga seseorang itu menjadi seorang yang toleh. Sebab hati juga seseorang itu menjadi hamba yang bertaqwa dan kerana hati juga seseorang itu menjadi seorang yang menderhaka kepada Penciptanya.

Apa puncanya hati kita menjadi keras? Tidak lain dan tidak bukan kerana dosa-dosa yang kita lakukan. Hati kita bukan sahaja keras malah berpenyakit samada mengalami penyakit hati di peringkat 1, 2, 3 atau 4 sepertimana penyakit barah. Apabila penyakit barah sampai ke peringkat 4, biasanya doktor akan meramalkan baki hayat yang masih ada. Begitu juga dengan hati.

Peringkat-peringkat penyakit hati tersebut adalah:-

1. Berasa bersalah dengan dosa.
2. Berasa biasa dengan dosa.
3. Berasa seronok dengan dosa.
4. Menjadi pembela dengan dosa.

Oleh itu, sama-samalah kita mahasabah diri untuk sentiasa berusaha membersih hati kita sepertimana yang digariskan oleh Rasulullah iaitu dengan MENGINGATI ALLAH DAN MEMBACA AL-QURAN.

Wallahu a'lam. - Yusoff, Saujana Utama

SAHABAT AMAL said...

Alhamdulillah dgn bahan tambahan dari ust yusuf ni. Banyak manfaat yg ana dapat. Ana mencadangkan ust yusuf patut memulakan blog ust sekarang kerana ana nampak ust ada byk bahan yg berfaedah yg ust boleh sampaikan kpd masyarakat.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial