INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, August 29, 2008

Zakat fitrah Selangor kekal RM5.20

SHAH ALAM: Zakat fitrah di Selangor tahun ini kekal RM5.20 bagi mengurangkan dan meringankan beban umat Islam berikutan kenaikan kos sara hidup terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohd Adzib Mohamad Isa, berkata:

1. Walaupun kadar itu kekal, dijangkakan RM13 juta zakat fitrah mampu dikutip tahun ini.

2. 2,300 Penolong Amil dilantik untuk memudahkan orang ramai membayar zakat dan kaunter sementara dibuka di beberapa pusat beli belah, antaranya Centrepoint Klang, Giant Shah Alam, Mydin Subang Jaya, Kompleks PKNS dan Plaza MPK Klang.

3. Sebanyak 22 kaunter zakat di seluruh negeri dibuka setiap hari termasuk cuti umum bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat harta dan zakat fitrah.

4. Waktu urusan kaunter pada hari bekerja bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, manakala pada Sabtu, Ahad dan cuti umum jam 9 pagi hingga 3 petang.

Sumber: BeritaHarian Online 29 Ogos 2009

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial