INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, August 20, 2008

Muslim Kashmir tuntut hak

SRINAGAR: Berpuluh-puluh ribu penduduk Islam mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota wilayah Kashmir semalam dan menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf hak wilayah Himalaya itu untuk menentukan pemerintahan sendiri.


Kawalan keselamatan diadakan dengan ketat ketika penduduk berarak menuju pejabat PBB setempat sekali gus membantah amaran pihak berkuasa supaya tidak diadakan perhimpunan di Srinagar yang masih tegang dengan pertempuran minggu lalu.

Seorang penduduk, Abdul Aziz, 75, berkata dia tidak pernah melihat perhimpunan seramai itu.

“Saya tidak dapat menolak untuk keluar bagi menuntut kemerdekaan daripada India,” katanya yang turut menyertai perarakan itu sambil membawa sepanduk bertulis:

“Jika kemerdekaan diperoleh Kosovo, mengapa tidak Kashmir?”

Perarakan itu disertai lelaki, wanita dan kanak-kanak yang melaungkan slogan: “Kami mahukan kebebasan” dan “Kami sanggup menggadaikan darah untuk membebaskan Kashmir.”

Pemimpin pejuang pemisah utama Kashmir, Shabir Shah, berkata penunjuk perasaan merancang menghantar rayuan supaya PBB campur tangan selepas 22 penunjuk perasaan mati ditembak askar, minggu lalu.

Pejuang pemisah lain, Mirwaiz Umar Farooq, berkata rayuan itu menggesa PBB ‘campur tangan dan membantu mereka mendapatkan hak pemerintahan sendiri’.

Resolusi Majlis Keselamatan PBB menetapkan supaya diadakan pungutan suara bagi penduduk memilih untuk menyertai India atau Pakistan tetapi ia tidak pernah dilaksanakan.

Tunjuk perasaan secara aman yang berakhir dengan pertumpahan darah meletus selepas bantahan itu diganggu sekumpulan pelampau Hindu.

Ketegangan antara penduduk Islam dan Hindu di Kashmir tertumpu kepada isu status satu kawasan tanah yang diserah kepada sebuah badan Hindu dan mencetuskan protes Muslim. - AFP

Sumber: BHarian Online

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial