INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, August 8, 2008

Tradisi bersih Kaabah diteruskan



RIYADH: "Pembersihan Kaabah adalah satu bentuk ibadat. Kata-kata tidak dapat menggambarkan emosi yang dialami seseorang yang berada tempat sama nabi pernah berdiri," kata Timbalan Editor akhbar Al-Watan, Omar al-Midwahi.

Awal Sabtu lalu (26 Julai), anggota kanan keluarga diraja Arab Saudi dan agensi keagamaan bersama-sama mencapai penyapu dan kain disirami air mawar untuk membersihkan bahagian dalam Kaabah, yang menjadi kiblat umat Islam. Kerja membersihkan Kaabah selalunya diketuai gabenor Makkah, yang melakukannya bagi pihak Raja Arab Saudi. Upacara Sabtu lalu bermula sejurus selepas solat Subuh, apabila anggota keluarga al-Shaybi yang menjadi penjaga pintu Kaabah sejak berabad lalu mengeluarkan kunci struktur itu dari beg hijau.

Berkaki ayam dan berpakaian jubah putih tradisi, golongan lelaki menamatkan majlis dengan mengelap tembok marmar dan lantai bilik kecil itu dengan minyak wangi, menghidupkan semula tradisi dimulakan Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lalu.

Upacara itu, yang dijalankan dua kali setahun, memberi peluang untuk menjenguk ke dalam struktur yang digelar umat Islam sebagai pusat bumi itu. Umat Islam menganggap Kaabah, yang terletak di tengah Masjid Haram di Makkah sebagai kawasan paling suci dalam Islam kerana Allah mencipta alam semesta dari tempat ia berada.

Kesucian tempat berkenaan memberikan kepentingan khas kepada upacara membersihkannya. Ia dilakukan sebelum Ramadan, yang jatuh awal September ini, dan sehari selepas sambutan Aidiladha, yang menyusul tidak sampai tiga bulan kemudian. Waktu lain Kaabah dibuka ialah apabila pembesar Islam seperti ketua negara meluahkan hasrat memasukinya.


sunber: BHarian Online

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial