INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, August 12, 2008

Kepala Putus Dari Badan!


VLADIKAVKAZ - Konflik di Ossetia Selatan, Georgia mendedahkan bahawa angka korban yang membabitkan askar-askar Rusia adalah lebih besar berbanding laporan rasmi yang dikeluarkan sebelum ini.

Seorang askar Rusia, Sasha Popov 23, daripada batalion kereta kebal yang kini dirawat di sebuah hospital di bandar Vladikavkaz berhampiran sempadan Georgia selepas kakinya cedera terkena serpihan mortar berkata:

1. "Apa yang dipaparkan di televisyen adalah mengarut,"

2. "Angka korban di pihak kami sebenarnya jauh lebih besar berbanding apa yang diumumkan oleh kerajaan. Keadaan di medan pertempuran sama seperti di neraka.

3. “Saya juga melihat kepala dan anggota badan yang terpisah daripada tubuh serta askar yang kelihatan seperti masih remaja”.

Dakwaan pemimpin tentera Rusia berhubung keadaan di medan peperangan juga tidak dipersetujui oleh pegawai berpangkat rendah.

Seorang lagi askar, Yusuf Shekhshayev, 25, yang berada di Ossentia Selatan sebagai anggota tentera pengaman ketika serangan pertama tentera Georgia terhadap gerila pemisah di wilayah itu pula berkata:

1. “Bahawa dia tidak tahu mengenai nasib rakan-rakannya yang lain”.

2. "Saya berada di sana bersama dengan 600 askar yang terpaksa berjalan kaki di kawasan pergunungan. Bagaimanapun, jumlah kami berkurangan kepada 150 orang dan saya tidak tahu nasib rakan-rakan saya yang lain," katanya. – AFP

Sumber: Kosmo Online 12 Ogos 08

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial