INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, September 8, 2010

SALAM 'EIDUL FITRI 1431 HIJRIYYAH

1. Insya Allah, pagi ini kami sekeluarga akan berangkat pulang berhariraya di kampung. Kampung saya nunnnn, dekat Perlis sana. Tang (dekat) mana? Kampung saya dikenali dengan nama Kg Guar syed Alwi, Mukim Utan Aji, Kangar, Perlis.
2. Semoga perjalanan kami dan perjalanan semua sahabat di dalam keadaan selamat sejahtera. Selamat pergi dan selamat kembali. Doakankan perjalanan kami sekeluarga. Ya, Allah selamatkan kami dari bencana dunai adan akhirat. Selamatkanlah kami dari kecelakaan dan musibah yang mengejut. Permudahkanlah ya Allah..
3. Balik beraya di kampung bermakna balik ziarah keluarga dan sahabat handai kita di sana. Ziarah menziarahi adalah sunnah Nabi saw yang utama dan amat besar pahalanya. Marilah kita lakukannya kerana Allah SWT.
4. Alhamdulillah, mak ayah saya masih ada kedua-duanya lagi. Inilah asas penting yang menjadikan ziarah hariraya ini amat bermakna. Tanpa ibuayah, tiadalah kita di dunia ini. Merekalah asbab kita hadir ke dunia ini. Semuga mak dan ayah dipanjangkan usia dalam kesihatan dan ketaatan.

1. Setrusnya kita hendak menziarahi adik beradik, kaum keluraga dan sahabat handai kita. Termasuk juga sahabat handai ibu ayah kita yang mana Nabi memerintahkan kita supaya menghubungi, menziarahi dan berbuat ihsan terhadap mereka selepas ketiadaan ibuayah kita di dunia. Sebab, sewaktu kita mencari rezeki dan menetap di kota, merekalah orang yang dekat dan rapat dengan ibuayah kita. Menziarahi dan menyantuni mereka adalah cara bagaimana untuk terus berbakti dengan ibuayah kita.
2. Dengan menziarahi dan menjenguk mereka juga, kita dapat mengutip cerita-cerita tentang kebaikan ibuayah kita yang sebahagian besarnya terlepas dari pandangan mata dan pengetahuan kita. Cerita, nostalgia dan kenangan indah itu masih tersimpan kemas dalam memori kenalan dan rakan ibuayah kita. Jadi, kenali dan ziarahilah kawan ibuayah kita sebelum mereka juga akan berangkat pulang mengadap Allah yang Esa. Pergi (mati)nya mereka akan membuatkan kisah-nostalgia, memori indah berkenaan riwayat dan kebaikan ibuayah kita juga akan turut berkubur bersama jasad mereka. Alangkah ruginya kita andai kita terlepas andang dalam hal ini.
3. Balik berziarah ibubapa sepatutnya diawali niat untuk mendapatkan redha, kemaafan mereka juga untuk menghiburkan hati mereka. Hakikatnya, ibuayah amat rindu kepada anak cucu mereka. Sekian lama tidak berjumpa, inilah saat mereka berpeluang mengubat rindu yang terpendam di jiwa. Namun sedih sekali, bila kepulangan anak menantu dan cucu menjadikan hati mereka pilu. Berbagai fi'il, sikap dan ragam anak menatu dan cucu yang amat menguris perasaan. Al maklumlah sekali sekala orang kota (yang dulunya orang kampung juga) pulang ke kampung. Di kota semuanya ada. Semuanya selesa dan tersedia. Balik kampung pula, memanglah serba serbi tak selesa dan lengkap menurut kemahuan kita. Ditambah lagi bila balik berkumpul ramai-ramai. Maka bermacam-macam rungutan dan songelan yang kedengaran. Kenapa jadi begitu? Kerana dari awal-awal lagi balik ke kampung dengan niat yang tidak ikhlas, hati yang tidak sejahtera, mahu dilayan macam putera atau permaisuri, balik ke kampung dengan tiada rasa 'mahu memberi' seperti mana tagline utama sahabat dan guru saya, Ustaz Hasrizal.
4. Pilu dan tergurisnya perasaan (hati) ibu ayah adalah penderhakaan terhadap mereka. Hariraya yang sepatutnya memganugerakan seribu erti dan seribu makna telah hilang serinya lantaran sikap dan ragam yang tidak soleh juga kerana amal ibadat yang tidak berbuah.
5. Amal ibadat tidak berbuah? Ya. Benar. Sepatutnya setelah sebulan berpuasa diikuti dengan pelbagai ibadat yang dilakukan bersamanya akan membuahkan sesuatu hasil yang diharapkan. Sesuatu natijah yang positif. Buah, hasil dan natijah beribadah di sepanjang Ramadhan itu sepatutnya mencetuskan sifat Taqwa dan akhlak mulia di dalam diri. Ke mana perginya semua itu? Apakah ia dibiarkan hilang begitu sahaja? Atau apakah ibadah kita di sepanjang Ramadhan lalu tidak sempurna dan caca marba? Itulah akibatnya bilamana Ramadhan dan Syawal dianggap dan dirai sebagai adat. Inilah jadinya.
6. Sepatutnya hariraya menjadi musim ataupun paltform untuk mengaut pahala tapi akibat kejahilan, kedangkalan dan keegoan, maka 'Idul fitri yang mulia telah bertukar menjadi pesta menambak dosa dan meroboh keimanan. Pahala yang dibina sebulan ramadhan lalu hancur berkecai begitu sahaja. Bagai debu ditiup angin. Alangkah ruginya kita..
7. bersyukurlah kita dengan nikmat Ramadhan dan 'Idul fitri. Sempat juga kita berpuasa tahun ini. Bertemu juga kita dengan hari kemenangan ini. Wajarlah diinsafi, nun ramai kawan dan sanak saudara kita yang sudah tiada lagi di dunia lagi. Mereka tidak dapat berpuasa dan berhariraya lagi dengan kita sepertimana biasa. Bersyukurlah dengan anugerah Ilahi ini. Janganlah kita menjadi hamba yang kufur padaNya, hamba yang cuai, alpa dan lalai, hamba yang tidak pandai berterimakasih di atas anugerahNya.
8. Sama-samalah kita menangisi Ramadhan yang akan berlalu pergi meninggalkan kita. Inilah sifat orang soleh. Ramadhan yang penuh dengan kebaikan, kemuliaan dan keberkatan. Ramadhan yang sarat dengan tazkirah, tarbiah dan pengajaran.Tahun depan, entah bertemu atau tidak. Barangkali, inilah adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Ya Allah, terimakasih di atas nikmat Ramadhan ini. Marilah kiata sama-sama menangisi perpisahan dengan Ramadhan ini. Bertakbirlah dengan linangan air mata kerana kita tidak pasti apakah kita benar-benar menang di hari kemenangan ini. Semoga dengan rahmatNya, kita dapat berpuasa lagi di tahun hadapan. Amin.
9. Hiasi dan penuhilah sambutan "Idul Firi kita dengan amal ibadah, amal soleh dan kebajikan. Lakukanlah ziarah, langsungkanlah mendengar tazkirah, sentiasalah memohon Maghfirah, dan ingatlah bagaimana nantinya kesudahan kita di yaumul Akhirah.
10. Usah dicemari 'idul Fitri yang mulia ini dengan perbuatan dosa dan maksiat. Elakkanlah pembaziran dan jauhilah pergaulan bebas lelaki dan wanita yang bukan Mahram. Berharirayalah kita sebagaimana yang dikehendaki Allah dan Rasul, bukannya hariraya yang memberi kemenangan penuh kepada syaitan yang kembali dilepaskan. Sambutan 'Idul Fitri adalah ibadah yang disyariatkan Allah. Jesteru, janganlah kita jahil tentang perkara ini.
11. Di kesempatan ini, saya dan sisi keluarga ingin memohon ribuan kemaafan dari sekelian musliamin muslimat khasnya buat komuniti sahabatamal dan pengunjung-pengunjung blog ini. Sepanjang mengendalikan blog ini, barang tentu terdapat banyak kelemahan, kesilapan dan kekhilafan samada yang disengajakan maupun tidak. Maka, maafkanlah saya sebagaimana saya bersungguh-sungguh memohon ampun dan maaf kepada Rabb yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
12. Salam 'Idul fitri 1431 Hijriah. Minal 'A-din wal fa-izin. Wa kullu 'A-min wa Antum Bi Khair. Taqabbalallahu minkum.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial