Salam..
Kejahilan, selamanya akan membenamkan kita ke lembah kehinaan, kerugian, penyesalan dan kerosakan.
Kejahilan akan menarik manusia kepada kegelapan..hingga ia tidak nampak dan tidak kenal lagi akan kebenaran.Buta antara yang hak dan yang batil. kelam antara dosa dan pahala. Dungu antara halal dan haram.
Kejahilan itulah yang sangat diperjuangkan syaitan. Lalu ia mewarnakan kejahilan itu sebagai tidak ada masalah apa-apa.
Pernahkan anda berjumpa seorang jahil yang tenggelam dalam kejahilannya berkata kepada anda..."ohh saya susah hatilah.saya tak tahu apa-apa lagi" Jarang kita jumpa sedemikian. Yang berlaku ramai orang jahil kata: "kami ok apa."
Maka, Syaitanlah imam dan wazir kepada sekelian juhalak yakni orang-orang yang jahil ITU.
Kepada sekelian adik-adik dan anak-anak yg dikasihi sekelian. Menangislah kerana kejahilan menyelimuti diri kita sebelum mata kita tak mahu menangis lagi.
Ibu ayah, menangislah sungguh-sungguh di atas kejahilan kita. Bagaimana mahu mendidik anak-anak kita kalau kita jahil walhal kitalah guru yang pertama kepada anak-anak kita.
Menangislah kita wahai ibu ayah..apakah jawapan kita di hadapan Allah nanti jika kita mati meninggalkan anak-anak kita yang jahil, yang tidak kenal Allah, tidak kenal rasul, tidak kenal syurga dan neraka, tidak tahu hukum hakam agama dan pandir segalanya.
Masa kita sangat terbatas. masa kita adalah modal kita. Marilah kita menyahut segera panggilan dan perintah Allah..BAcalah!! Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan! (Surah Al 'Alaq)
Marilah kita menjadi insan yang berilmu, beriman dan beramal soleh.
Manfaatkanlah usia muda kita dengan memenuhkan ilmu di dalam dada. Tida pengisian dan pencarian sebaik pencarian ilmu. Kerana ilmu itu cahaya. Agar segala derap langkah kita tersuluh lagi terang benderang.
Agar diterima segala amalan.
Agar tersingkap segala keraguan dan kecaca marbaan.
Memilih jalan ilmu maknanya memilih jalan kemuliaan. Dengan ilmu mulialah duniamu dan dengan ilmu jugalah mulianya akhiratmu.
Dengan kemuliaan ilmu maka terangkatlah darjatmu di sisi Allah.
Dosa-dosamu juga akan dimaafkan.
Hasanat kebajikan mu juga akan tercatat menggunung.
Melangkah ke jalan ilmu ertinya kita semua sedang mengatur dan menyusun langkah ke arah sabilillah dan ke arah syurga yang indah.
Kata Rabi'ah rahimahullah: "Ilmu itu wasilah (jalan) yang menyampaikan kepada segala keutamaan dan kemuliaan."
Ya, tidak syak lagi.
Bangunlah anak bangsaku. bangkitlah dari tidur yang panjang. Buangkanlah rasa jemu dan kemalasan. Laksanakan saranan Rasul pilihan.
Namun, andai kejahilan menjadi pilihan, maka nantikanlah tertimpanya kehinaan, kemusnahan, kerugian, penyesalan dan kerosakan.
Bangkitlah engkau dari lubang kuburmu sebagai orang yang paling menyesal!
Mengadaplah Tuhanmu di dataran Mahsyar sebagai orang yang paling menyesal.
Menyesal kerana semasa di dunia dulu tidak pernah mahu menggunakan peluang yang dianugerahkan Tuhan. Allah beri peluang menuntut ilmu tapi dia mencemuh dan meremehkannya. Maka hari itu, dia diremeh dan dihina Allah kerana pulang ke akhirat sebagai orang yang jahil.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment