Alhamdulillah yg telah menghidupkankan kita semua sekali lagi untuk hari ini. Seawal pukul 5.30 pagi tadi, saya dan Borhan keluar menuju ke Puncak Alam utk mengisi jadual kuliah Subuh bulanan di surau Al Furqan. Segar dan nyaman sekali udara pagi. Sebaik sampai di perkarangan surau Al Furqan, pandangan saya tertumpu ke dalam surau melihat sosok-sosok tubuh yang tenang dan khyusuk berqiamullail dan bermunajat kepada Rabbul 'Izzah. Ohh, penghujung malam yg indah. Udara pagi yg nyaman menjadi lebih syahdu saat-saat 'Ibadur Rahman berbisik-bisik dengan Tuhan mereka. 6.07 minit pagi, azan pun berkumandang. Makin ramai jamaah yg tiba. Solat Subuh pun didirikan. Seusai solat, ku lihat wajah-wajah yg damai dan syahdu, sedamai Subuh yang tenang. Allahummaj'alni minhum.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment