Solat adalah ibadat yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam. Orang yang meninggalkan solat seumpama meruntuhkan agama. Solat yang khusyuk serta sempurna akan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Bagaimanapun, ada beberapa peringkat solat untuk dinilai sebagai pedoman.
1. SOLAT PARA NABI DAN RASUL.
-Inilah solat peringkat tertinggi yang luar biasa khusyuknya bagaikan pertemuan indah dengan Allah S.W.T
2. SOLAT PARA MUQARRABIN.
-Solat yang khusyuk sehingga mampu melupakan dunia dan keadaan sekeliling.
3. SOLAT ORANG KHUSYUK.
-Solat yang dilakukan dengan sepenuh ingatan dan penumpuan kepada Allah. Solat begini akan meningkatkan taqwa dan iman.
4. SOLAT ORANG SEPARUH LALAI.
-Solat yang kurang khusyuk kerana ada ketikanya dilalaikan oleh syaitan. Solat begini sukar membuahkan iman dan akhlak mulia.
5. SOLAT ORANG LALAI.
-Solat yang dilakukan tanpa kehadiran hati di mana hanya jasad sahaja yang melakukan solat sedangkan hati menerawang kepada perkara lain. Neraka wail adalah tempat bagi orang yang lalai dalam solat.
6. SOLAT ORANG MUNAFIK.
-Solat yang dilakukan hanya untuk menunjuk-nunjuk. Orang munafik akan dihumban ke dalam kerak api neraka.
7. SOLAT ORANG JAHIL.
-Solat yang dilakukan tanpa ilmu pengetahuan tentang agama Islam atau syarat dan rukun solat. Solat begini akan tertolak dan mendapat dosa kerana tidak menuntut ilmu.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment