INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, July 26, 2008

TAWA DAN TANGIS NABI SAW

Rasulullah saw adalah manusia paling kita cintai. Rasa cinta kita terhadap Rasulallah saw adalah tidak cukup jika kita lahirkan dgn kata-kata dan sambutan yg berbagai cara. Tetapi sewajarnya dilahirkan dgn meniru jejak langkahnya, terutama sifat-sifat peribadi yg mulia.

Disini dapatlah kita paparkan dua sifat rasulullah saw (hadis) yg dipetik dr kitab SYAMAIL MUHAMMADIYAH karangan Imam Tarmidzi. Sifat yang pertama ialah bab pada sifat ketawa Rasulallah SAW manakala sifat yg kedua ialah bab pada sifat tangisan Rasulullah SAW.


1.Sifat ketawa Rasulullah SAW.

A. Daripada Jabir bin Samrah radiallahu'anhu telah berkata :"Adalah betis Rasulullah SAW itu kecil (cantik) dan adalah Rasulullah saw tidak ketawa kecuali tersenyum, apabila aku memandang kepadanya, aku berkata "Betapa hitam matanya padahal tidak dihitami".

b) Daripada Abdullah bin Harith bin Jazin radiallahu'anhu, sesungguhnya telah berkata " aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.

c) Daripada Abdullah bin Harith radiallahu'anhu telah berkata:" Tidak adalah ketawa Rasulullah saw kecuali tersenyum".

d) Daripada Jarir bin Abdillah radiallahu'anhu telah berkata: "Rasulullah saw tidak menghalangiku (sejak aku masuk Islam) dan tidak memandangkan melainkan sambil tersenyum".

e) Begitu juga didalam hadis yang panjang,diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Mas'ud radiallah'anhu telah berkata di akhir hadis tersebut ...seseunguhnya aku telah melihat Rasulullah saw ketawa sehingga ternampak gigi gerhamnya.

2. Sifat tangisan Rasuluallah saw.

a) Daripada Mutarrif iaitu Ibn Abdulalh bin Shikhair dari ayahnya telah berkata: "Aku menemui Rasulullah saw tatkala baginda sedang bersolat dan dirongga mulutnya ada bunyi seperti air yang mendidih, disebabkan tangisan.

b) Daripada Abdullah Ibnu Mas'ud berkata Rasulullah saw telah bersabda kepada aku, "bacakanlah (Al Quran) kepadaku" wahai Rasulullah SAW mana mungkin aku membacakannya kepada kamu,sedangkan ke atas mu Al Quran diturunkan".sabda Rasulullah saw "sesungguhnya aku ingin mendengarkannya dari selain daku".maka aku membaca surah An Nisa sehingga ayat (..dan kami bawakanmu sebagai saksi atas mereka itu)ayat 41.berkata Abdullah,"maka aku lihat kedua mata Rasulullah SAW bercucuran air mata.

c) Daripada Ibnu Abbas : Rasulullah SAW memangku seorang anak perempuan yang sakit tenat kemudian dipeluknya dan diletakkan dihadapanya, meninggal dunia anak perempuan itu dihadapanya, tiba-tiba ummu Aiman menangis dengan kuat, maka Rasullah saw bersabda "mengapa kamu menangis disisi Rasullullah. ummu Aiman berkata/menjawab " bukankah aku juga melihat kamu menangis". Sesungguhnya tangisan Rasullulah hanyalah rahmat .sesungguhnya seorang yg beriman itu akan tetap di dalam kebaikan biar dalam apapun keadaan. Sesungguhnya nyawanya (orang yang beriman) dicabut di dalam dirinya, ketika itu ia memuji Allah.

d) Daripada Aisyah Radiallahhuanha sesungguhnya Rasulullah saw mencium Usman bin Maz'un ketika ia wafat,ketika itu Rasullullah SAW sedang menangis.


Itulah paparan, dua sifat Rasullulah saw yang sentiasa bersederhana di dalam apa jua keadaan.Bagaimana ketawanya dan bagaimana tangisannya.Itulah contoh terbaik yg perlu kita pratikkan di dalam kehidupan seharian. Sesetengah daripada kita sentiasa bermasam muka didalam banyak keadaan, padahal Rasullullah saw sentiasa tersenyum seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Jarir bin Abdillah. Jika diukur tanggungjawab Rasullullah saw terlalu berat jika hendak dibandingkan dengan kita, akan tetapi Rasullullah saw masih mampu menguntum senyuman terhadap sahabat-sahabatnya.

Begitu juga tangisan Rasullullah saw yang tidak keterlaluan malahan tangisannya adalah rahmat. Sehingga ada hadis yang mana Rasullullah saw yang melarang berlebihan di dalam tangisan(ke atas mayat) dari Ibnu Mas'ud radiallahu'anhu berkata" telah bersabda Rasullullah saw bukanlah dikalangan kami sesiapa yang memukul-mukul pipi dan mencarit-carik pakaian dan BERTERIAK DENGAN TERIAKAN JAHILIYAH. (riyadussolihin) Rasullulah saw adalah pemimpin yang agung. Segala tindak tanduknya adalah berpandukan wahyu daripada Allah swt. Sewajarnya bagi kita umatnya mengikut jejak langkahnya di dalam kehidupan seharian sebagai tanda cinta kita terhadap baginda. Marilah kita bertanya pada diri kita sendiri adakah kita benar-benar menyintai baginda?.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial