INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, July 28, 2008

Ketepikan Prejudis Keikhlasan

"..Sentimen kepartian dan prejudis keikhlasan perlu diketepikan di waktu ini untuk melihat yang terbaik bagi ummat. Saya penuh yakin dakwah akan berjalan lebih lancar berkat rundingan dan muzakarah (Pas & Umno) ini. Ini kerana yang pasti ia boleh mengurangkan ketegangan antara pengikut dua parti yang melihat kebenaran yang lahir daripada mana-mana parti lawan dengan prejudis kepartian yang tebal.

Para pendakwah yang menegur kesalahan pemerintah tidak lagi dianggap sebagai pro pembangkang, tetapi akan dianggap sebagai penasihat bagi kerajaan. Kita tidak mampu lagi melihat kerosakan ummat yang berterusan disebabkan badai arus kemodenan yang tidak bertunjangkan Islam tanpa sebarang usaha dakwah yang jitu digerakkan oleh umat Islam

Media yang berada di bawa kuasa pemerintah diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para pendakwah selepas ini berkat kejayaan muzakarah ini.." (Ust Khairuddin Aman Razali : Darul Fuqaha Malaysia).

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial