INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, July 5, 2008

AMBIL BUKU REKOD KEMAJUAN ANAK










































27 JUN, SMK SAUJANA UTAMA


Hari ini, anak kedua saya, Muhammad Ajwad ajak saya ke sekolahnya untuk berjumpa guru kelasnya, Puan Malihah sekaligus bertanya khabar perkembangan prestasi pembelajarannya. Puan Malihah menyuruh Ajwad bawa balik buku rekod untuk semakkan umminya pula di rumah. Setibanya saya di sekolah (kelas 2 al farabi), saya diberi no giliran yang ke empat.

Bapa mithali yang berada di tangga pertama haritu tak lain tak bukan sahabat saya Sdr Hasan Masrom (boss al hidayah) yang segak bergaya dengan sut baju Melayunya. Beliau ditemani isterinya. Kamera tak lekang dari bahunya. Al maklumlah rutin seorang blogger lebih kurang macam saya juga.
Berada di tempat ke dua pula ialah seorang abang (ambil buku kemajuan adiknya) yang datang mewakili ayahnya. Lupa pula nama beliau. ditempat ke tiga, seorang kawan telah banyak juga membantu saya iaitu Sadr Razali b. sangkut. Terimakasih Zali. Antara kata-kata Zali yang saya masih ingat sampai hari ini ialah "fikir habis-habis sebelum melakukan sesuatu". Terimakasih dan jazakumullahu khairan kathira buat cikgu Malihah dan sekelian guru-guru yang mendidik dan memberi ilmu kepada anak saya.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial