Agak lama juga saya tidak bertandang ke asrama Semai Bakti di Kelana Jaya ni. Asrama yang menempatkan kumpulan terpilih daripada anak-anak peneroka Felda ini pernah saya kunjungi beberapa tahun lalu bagi mengisi bebeberapa program yang diaturkan pihak pengurusan. Saya mengagakkan telah ramai tokoh=tokoh dan usahawan yang lahir dari didikkan asrama Semai Bakti ini. Seminggu sebelumnya, saya rasa amat terharu campur gembira apabila abang Bais (penyelia asrama yang saya kenal sejak kehadiran pertama dahulu) menghubungi saya untuk mengisi program Maulidur Rasul SAW tahun ini.
Terimakasihlah abang Bais kerana menghubungkan semula silaturrahim yang terputus. Alhamdulillah, dengan berkat Nabi SAW, kita dapat bertemu semula. kepada adik-adik penghuni asrama Semai Bakti, saya doakan kejayaan adik-adik semua di dunia dan akhirat. Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah. Sentiasa menabur bakti pada agama, bangsa dan negara tercinta.
Ustaz Amal: Terimakasih tak terhingga pada Zulkifli F (pilot saya kali ini), Encik Mokhtar (Pengurus Asrama) dan abg Ba-is (penyelia) asrama. Panjang umur kita jumpa lagi.

0 comments:
Post a Comment