INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, March 31, 2008

ANAK YATIM YANG MUBARAK

30 Mac 2008 (Kuliah Maghrib) Surau Al Furqan, Fasa 2, Puncak Alam.

Antara isi Kuliah:
1. Antara insan yang berperanan memberi kasih sayang, didikkan dan jagaan kepada Nabi SAW di usia kanak-kanak (setelah) kematian ibunda Nabi yang dikasihi, adalah Abdul Muttalib (datuk), Abu Talib (Bapa saudara) dan Halimatus Sa'diyyah (mak susuan). Dalam kontek kita hari ini, bagaimana pula peranan kita sebagai atuk kepada cucu-cucunya, bapa saudara kepada anak saudaranya, ibu susuan kepada anak susuannya? Apakah kita menjadi pendidik mereka (bersama ibu ayah mereka) kearah kebaikkan ataupun kita turut menyumabang kepada merosakkan fitrah dan kematangan mereka?

2. Abdul Muttalib telah menamakan cucunya Muhammad, nama yang belum pernah dipakai sebelumnya di dunia ini, dengan harapan agar ia menjadi insan terpuji dan sentiasa terpuji di seluruh alam maya ini.

3. Meletakkan nama Muhammad pada nama anak-anak adalah dengan tujuan dan maksud berTABARRUK dengan kemuliaan Nabi SAW. Maka, anak-anak itu hendaklah diberikan didikkan yang baik serta dihiasi dengan akhlak yang mulia.

4. Tugasan yang telah Nabi SAW amanahkan kepada umat: Didik anak-anak untuk cintakan Nabi SAW, cintakan ahli keluarga Nabi dan cintakan Tilawah Al Quran.


Ustaz Amal: Terimakasih Borhan! kerana menemani saya ke Puncak Alam semalam!

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial