INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, March 28, 2008

KARYA DI SEBALIK TIRAI BESI

Jumaat 28 Mac 2008

Sdr Loqman Hakim Ab. Rahim hari ini mencatatkan di kolum VARIA, KOSMO berkenaan 'bingkisan' atau karya hebat nukilan rakan-rakan kita yang menghuni di sebalik tirai besi. Bagaimana terhasilnya bingkisan ini? Lapornya, mereka boleh jadi gila jika tidak melakukan apa-apa kerja, penulisan kreatif mengisi waktu menghuni penjara. Asalnya bermula dari tekanan mental dan jiwa, akhirnya terhasillah buku antalogi puisi DI WAKAF INSAF karya 30 banduan di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

MOM: Benarlah bagai dikata. Dalam ujian ada hikmah. Dalam derita ada bahagia. Walaupun 'terhukum' dan terpenjara disana bergelar banduan, namun di sana jugalah melimpahnya siraman rahmat Allah ke atas mereka. Cahaya hidayah menerobos ke dalam jiwa mereka. Manusia selalunya akan INSAF bila hilang sesuatu nikmat dari dirinya. Nikmat sihat hanya dapat dinilai oleh mereka yang sakit. Nikmat 'merdeka' kesana-kemari hanya dapat dinilai oleh mereka yang sendu di sebalik tabir besi. Itulah WAKAF INSAF! Mereka di dalam sana menulis buku. Bagaimana kita yang di luar sini?

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial