INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, March 26, 2008

KULIAH MAGHRIB : KEUTAMAAN ISTIGHFAR

Isnin, 25 Mac 2008, Surau Al Mustaqim, Iris Apartment,Saujana Utama

Muqaddimah:
Sekali Aqra' bin Habis R.A. berada disamping Nabi SAW. Ketika itu baginda SAW sedang bermain-main dengan Saidina Hasan R.A, cucunda baginda yang dikasihi. Baginda SAW juga telah mencium cucunya itu. Setelah melihat nabi SAW mencium cucundanya itu, Aqra' R.A. jadi teruja lalu berkata: "Saya mempunyai sepuluh orang anak, namun tidak pun saya mencium mereka (sepertimana perbuatan Rasulullah SAW tadi)". Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang tidak menyangi (mengasihi), dia juga tidak akan disayangi".

Isi kuliah:
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang melazimi istighfar (memohon keampunan kepada Allah) maka Allah akan memberi kepadanya:
1. Jalan keluar dari segala kesulitan hidup.
2. Perlepasan (pembukaan) dari segala kedukaan dan kebimbangan.
3. Rezeqi dari sumber yang tidak diduga-duga.
(Riwayat Abu Daud daripada Ibnu Abbas RDHMA).

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial