KUALA LUMPUR : Tokoh kewartawanan negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail semakin kritikal apabila mengalami kegagalan buah pinggang dan terpaksa dibantu alat bantuan pernafasan.
Anaknya, Nuraina, berkata keadaan ayahnya yang kini dirawat di Pusat Perubatan Pantai, di sini semakin tenat berbanding semalam dan berada keadaan `palliative care’.
Katanya, doktor sedang memantau keadaan kesihatan ayahnya dalam tempoh 24 jam sebelum memutuskan memberi mesin dialisis bagi membantu fungsi buah pinggangnya.
“Kami sekeluarga mendoakan yang terbaik untuk kesihatan ayah dan berserah pada Allah kerana yakin doktor dapat melakukan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Abdul Samad, 84, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak seminggu lalu menunjukkan kemajuan pada peringkat awal sebelum kembali tenat sejak Sabtu lalu selepas masalah jangkitan paru-parunya merebak ke organ lain.
0 comments:
Post a Comment