Fasa pertama Ramadhan telah pun berlalu pergi. Malam ini masuklah malam ke sebelas ramadhan yang membawa fasa Maghfirah yakni keampunan Allah. Apakah fasa pertama yang berlalu pergi telah kita isi dengan sebaiknya? dan bagaimana pula pelan tindak kita bagi mengisi dan mengambil peluang di fasa ke dua yang bermula pada malam ni? Syukur padaMu ya Allah.
Sungguh kami tidak terbayang untuk sampai ke saat dan ketika ini. Rahmat dan kasih sayangMu amat besar sekali. Sungguh, AnugerahMu lebih besar dari ibadat dan taat kami. Engkau benar-benar mahu merahmati hamba-hambaMu yang mahu kembali dan pulang kepadaMu.
Terima kasih ya Allah di atas nikmat Ramadhan ini. Terimalah kami untuk mendekatiMu. Maafkanlah segala salah silap kami ya Rabb. Ampunilah segala dosa dan noda yang menghitam dan menyesak di jiwa kami ya Allah...Pimpinlah kami ya Allah..La Haula Wala Quwwata illa Billah.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment