Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam
1.Selaras penjenamaan semula itu semua masjid akan digalakkan menganjurkan pelbagai kegiatan yang ada hubung kait dengan agama, selain menjadi tempat mengerjakan ibadat.
2. “Buat permulaan, Jakim sedang melatih kira-kira 4,000 imam dari seluruh negara menjadi kaunselor golongan muda bagi membanteras gejala sosial terutama mencegah penularan HIV, sekali gus menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti program pencegahan penyakit itu.
3. “Kita bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi membangunkan program pencegahan yang dinamakan Modul Islam-HIV Aids. Kita harap ia akan menjadi permulaan kepada program pengimarahan masjid di samping menarik semula semua golongan khususnya generasi muda ke masjid”.
4. Jakim kini sedang menguji modul pencegahan HIV yang siap dibangunkan itu di beberapa negeri selain merangka beberapa aktiviti kemasyarakatan lain.
5. Imam akan diberi tanggungjawab menganjurkan pelbagai aktiviti di masjidnya di samping merancang dan mentadbir program pengimarahan masjid itu. “Contohnya program pencegahan HIV, selain menganjur pelbagai aktiviti, imam juga akan bertindak sebagai kaunselor untuk mendekati remaja dan mereka yang terjebak supaya masyarakat tidak memandang serong pada mangsa”.
Sumber: BeritaHarian Online (20 ogos 2008)
0 comments:
Post a Comment