INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, August 14, 2008

CEGAH VCD LUCAH!

KUALA LUMPUR - Gamis menggesa dua perkara yang wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak terutamanya kerajaan dalam usaha memerangi material porno demi negara untuk 50 tahun akan datang.

Pertamanya, kata Presiden Gamis, Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, pihak berwajib mesti membahaskan undang-undang baru berbentuk hukuman yang patut dikenakan seterusnya bertindak ke atas pengedar-pengedar VCD lucah serta mana-mana pusat siber kafe yang masih membenarkan tontonan cerita tidak bermoral ini berleluasa.

Secara peribadi, Gamis berpandangan, hukuman ke atas pengedar VCD ini patut disamakan dengan hukuman yang dikenakan ke atas pengedar dadah.

"Pengedaran VCD tidak bermaruah ini sebenarnya sama bahayanya dengan pengedaran dadah iaitu menjahamankan institusi masyarakat," tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Justeru, tambahnya, "kita enggan lagi melihat negara terus dibanjiri dengan kes-kes pembuangan bayi dan kejadian rogol terutamanya yang melibatkan kanak-kanak untuk 50 tahun akan datang."

Kedua,jelasnya, Gamis turut menyeru agar pihak Kementerian pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi berkolaborasi menyemak semula sistem pendidikan yang digunapakai negara bermula dari sekolah rendah sehingga ke peringkat lebih tinggi.

"Sudah tiba masanya, negara menukar sistem pendidikan kini yang lebih bercorak pembangunan akal semata kepada yang berorientasikan memanusiakan manusia ke arah keseimbangan antara akal dan rohaniah,"katanya.

Cadangan-cadangan dari pihak Gamis ini tercetus akibat daripada kegusaran badan yang mewakili mahasiswa itu melihat gejala sosial terutamanya penzinaan yang semakin menular,jelas Mohd Dzul.

"Lebih mengejutkan lagi apabila barah ini semakin mendominasi cara hidup yang sebahagian besar pelajar-pelajar sekolah menengah,"ujarnya.

Kira-kira beberapa bulan lepas,tambahnya, menerusi sebuah akhbar tabloid, negara digemparkan dengan video yang memaparkan kanak-kanak berumur 8 tahun sudah pandai melakukan aktiviti seks sesama mereka.

"Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Tidak berguna kemajuan sesebuah negara jika terpandu oleh majoriti masyarakat yang rosak akhlak dan sakit mindanya," katanya kesal.

Oleh yang demikian, isu dasar ini sebenarnya jika berjaya diselesaikan bukan sahaja mampu membantu menangani isu rogol, malah masalah kerosakan akhlak di kalangan generasi muda juga turut dapat diubati, jelasnya lagi. - mks. _

Sumber : Harakah Online 12 Ogos 08

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial