INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, August 3, 2008

Ambil berat soal aqidah anak-anak

GEORGETOWN: Jabatan Mufti Pulau Pinang akan memperluaskan program pemantapan akidah di kalangan pelajar dan remaja Islam supaya tidak terus terpengaruh dengan budaya yang bertentangan dengan Islam.

Mufti Negeri, Datuk Hassan Ahmad, berkata :

a. Program pemantapan akidah itu sudah dilaksanakan sejak awal tahun lalu dengan kerjasama Persatuan Belia Lestari.

b. Kita sudah memberikan pendedahan mengenai kepentingan menjaga dan meningkatkan akidah kepada lebih 1,000 pelajar dan remaja yang menjadi golongan sasar di peringkat akar umbi.

c. Selain meningkatkan akidah, program ini turut menjurus kepada aspek memantapkan solat serta institusi kekeluargaan.

d. Pendedahan itu amat perlu kerana akidah remaja Islam kini semakin jauh terpesong dan perlu kembali ke pangkal jalan.

e. Ibu bapa perlu mengambil berat kegiatan anak mereka dan jika terbukti melakukan perkara bertentangan Islam, ia perlu dihalang.

f. Ibu bapa jangan terlalu memanjakan anak dengan menerima apa saja diberitahu sebaliknya menyiasat bagi memastikan kesahihannya," katanya.

g. Jabatan Mufti sedang melaksanakan program penyebaran Ilmu Falak di kalangan pelajar bagi mendedahkan mereka kepada ilmu berkaitan astronomi Islam seperti pengiraan waktu solat dan gerhana.

sumber: Bminggu Online 3 ogos 2008

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial