INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, June 2, 2010

BAWA ISRAEL KE PENGADILAN DUNIA!

1. Jangan Kutuk Saja..
"Saya fikir banyak lagi perkara yang boleh dilakukan daripada setakat mengutuk yang perlu dilakukan oleh kerajaan di seluruh dunia. Untuk mengutuk Israel...mereka tidak peduli," kata Tun Mahathir Muhammad.

2. Baca Qunut Nazilah Setiap Waktu!
"Seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta umat Islam di seluruh dunia hendaklah membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap sembahyang lima waktu bermula hari ini.Ini bagi memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

3. Bawa ke pengadilan dunia!
"..Tindakan rejim Zionis itu tidak berperikemanusiaan dan perlu dibawa ke muka pengadilan dunia. Kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memandangkan misi itu adalah untuk membantu rakyat Palestin dari segi kemanusiaan dan bukan membabitkan agama. Masyarakat dunia perlu buka mata dan tidak mendiamkan diri dengan kekejaman ini dan kita perlu berganding bahu supaya perkara ini dibawa ke tribunal dunia,” kata Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Irmohizam Ibrahim.

4. Bicarakan Mereka!
"Bicarakan Perdana Menteri Israel dan menteri pertahanannya. Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam jangan berpuas hati melainkan kepungan di Gaza di tarik balik sepenuhnya. Tamatkan pencerobohan tanah Palestin di Tebing Barat dan perbicaraan jenayah terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak hendaklah diadakan" gesa Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, berikutan kejadian serbuan berdarah komando Israel terhadap kumpulan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bantuan ke Gaza, timur Mediterranean.

5. Boikot Israel!
"..Rakyat perlu bersepakat bagi memboikot produk dari negara Israel sebagai tindak balas terhadap perbuatan kejam rejim berkenaan. Majlis Belia India menggesa supaya dunia memboikot Israel sebagai menentang sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun seperti ini dan kita mendoakan semua aktivis selamat menjalankan misi dan selamat pulang ke tanah air masing-masing,” kata Raja Rathanam, Presiden Majlis Belia India, .

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial