INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, May 14, 2010

MUSAFIR PERJUANGAN - ALBUM KE 10 RAIHAN


1. Dalam bulan pertama sahaja, Album terbaru kumpulan raihan ‘MUSAFIR Perjuangan’ telah mencatat jualan mencecah 12,000 unit.
2. ‘Musafir Perjuangan’ adalah album Raihan yang ke 10.
3. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini pernah dipopularkan satu masa dahulu seperti Musafir Kelana, Allah Is Calling, Nun Di Sana, God Is The Light dan Tanpa Agama namun ia telah digubah dan membawakan konsep dan cara nyanyian Raihan bertujuan untuk peminat nasyid dapat menghayati lagu nasyid awal zaman.

4. Kesemua gubahan muzik dan lagu di dalam album ini disusun oleh Abu Bakar Md. Yatim. Konsep album terbaru ini tidak banyak berbeza dengan konsep asal lagu itu.
5. Album yang diharapkan dapat mengimbau kembali kemeriahan lagu-lagu dakwah yang meruntun jiwa ke arah kebaikan.
6. Tambahnya, dua lagu dalam album Musafir Perjuangan itu didedikasi kepada mereka yang telah pergi menemui Ilahi. Lagu yang berjudul Allah Is Calling pernah dinyanyikan oleh anggota kumpulan Raihan Allahyarham Azhari Ahmad dan Salleh Ramli (Hijjaz), manakala lagu Nun Di Sana pula yang dinyanyikan Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani). Jasa mereka dalam memartabatkan irama nasyid tidak terbalas.
7. Semoga rakaman semula lagu-lagu tersebut dapat membangkitkan semangat cintakan lagu lagu segar dan syahdu yang bermesejkan ketuhanan yang mententeramkan jiwa.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial