INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, September 13, 2009

Usaha Dakwah Jawi Adalah Amalan Terpuji


KUALA LUMPUR, 12 Sept

1. Usaha dakwah dan tarbiah adalah umpama denyut nadi bagi Islam. Ia hendaklah digerakkan secara bersepadu dan konsisten bagi memastikan seruan ke arah Islam terus berkumandang di mayapada ini.

2. Segala rintangan dalam usaha menyebarkan dakwah adalah asam garam perjuangan para anbiya dan mursalin di sepanjang zaman. Maka, ia hendaklah dihadapi oleh para pendakwah dengan jiwa besar, kuat semangat, tabah dan sabar.



3. "Saya mahu usaha Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendekatkan diri dengan pekerja seks, mak nyah, penagih dadah dan pesakit HIV/AIDS terus dipertingkatkan walaupun ia dipandang sinis sesetengah pihak. Mungkin usaha ini dipandang sinis, serong oleh sesetengah pihak, namun kita harus menjaga kepentingan semua golongan. Jadi, kita jangan hilang semangat" kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

4. Usaha JAWI menganjurkan program untuk memastikan golongan berkenaan tidak merasa dipinggirkan itu adalah amalan terpuji. Menjadi harapan pihak Jawi agar agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat sama-sama bergabung tenaga dan idea bagi mencari jalan mengatasi masalah golongan itu.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial