INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, September 13, 2009

Jom layari Imhalal yg serba halal


KAHERAH:

1. Sejak mula diperkenalkan, enjin carian internet baru 'ImHalal' kini mula memenangi hati pengguna internet di Mesir dan seluruh dunia Islam.

2. Ya, Imhalal baru saja dilamcarkan minggu lepas. Enjin carian berdasarkan nilai Islam itu kini menjadi pilihan ramai uamt Islam kearana ia direkabentuk bagi menapis kandungan internet yang disifatkan penciptanya sebagai hanya mengandungi halaman web bersih yang tidak mempunyai bahan lucah. Ia memberi peluang kepada umat Islam seluruh dunia untuk membuat carian di internet dengan selamat tanpa berhadapan dengan kandungan yang berunsur lucah atau salah.

3. Bagaimana ia berungsi? Sebaik saja pengguna menatap kandungan yang dikategorikan 'salah' dan tidak bermoral, enjin carian akan bertukar kepada satu nasihat. Apabila pengguna mencari perkataan seperti 'seks' atau 'bogel', misalnya, enjin carian akan terus memberitahu pengguna bahawa keputusan pencarian itu mengandungi bahan yang haram atau bersifat tidak Islam.



4. Bagaimana dengan capaian bahasanya? Enjin carian Islam pertama di dunia itu boleh diperoleh dalam 15 bahasa termasuk Arab, China, Parsi, Turki dan Bahasa Inggeris.

5. Di Mesir, lebih 90 peratus daripada 80 juta penduduknya beragama Islam dan sekitar 12 peratus yang menggunakan enjin carian baru ini dianggap memberikan mereka apa sebenarnya yang dicari.

6. "Saya berharap enjin carian baru itu akan menjadi halaman pencarian nombor satu di kalangan pengguna Islam, " kata Pengasasnya, Reza Sardeha, 20, pelajar Iran-Kuwait yang tinggal di Belanda.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial