INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, September 16, 2009

"JATUH CINTA KEPADA ALLAH"


Adalah sebesar-besar nikmat andai hati kita benar-benar amat mencintai Allah yang satu. Cinta kepada Allah atau Hubbullah itu adalah anugerah yang tiada taranya. Bilamana ia hadir di dalam jiwa dan hidup kita, bermakna kita telah memiliki segala-galanya. Ya, segala kebaikkan dunia dan akhirat.

Empat bulan yang lalu, pada tarikh 10 Jun, seorang insan seni lakon tanah air juga seorang aktor hebat, telah meninggal dunia kerana kanser pankreas. Dialah Al Marhum Shukery Hashim, 55.

"Seminggu sebelum meninggal dunia, arwah kerap mendengar zikir.


Dia selalu berkata pada mak cik yang dia akan pergi, tapi mak cik melawak pula dengan dia. Mak cik tanya...,nak pergi mana? Sebab mak cik fikir masih ada harapan. Hanya bila diberitahu doktor yang mereka sudah tidak boleh buat apa-apa, baru mak cik percaya kata-katanya.

Dia kata kepada mak cik, redakanlah pemergiannya. Sebelum mulutnya mengucapkan yang dia sudah jatuh cinta pada Allah," ujar Isteri Allahyarham, Faridah Mat Desa, 52.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial