INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, April 6, 2009

SAIYIDU WALADI ADAM


Hanya orang yang jiwanya penuh kesombongan dan dendam kesumat sahaja yang buta terhadap kemuliaanmu Ya Rasulallah. Sekalipun mereka membenci dan memusuhimu sehingga ke akhir hayat mereka, namun hati kecil mereka tidak dapat menafikan malah telah membenarkan bahawa engkau adalah Rasulullah yang diutuskan sebagai Rahmatan Lil 'alamin. Sejarah tidak dapat menyembunyikan kebenaran betapa engkaulah sebaik-baik manusia bahkan sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah. As Solatu Was Salamu 'alaika Ya Rasulallah.

"....Rasulullah melebihi Nabi Isa apabila didapati baginda tidak sahaja sebagai Pesuruh Allah dan Nabi terakhir di muka bumi. Namun yang jelas baginda mempunyai ketokohan yang sangat tinggi sebagai diplomat, ahli perniagaan, ahli falsafah, pemidato, pakar undang-undang, ahli pembaharuan serta keluarga. Saya memilih Muhammad (saw) bagi mengetuai senarai (100) manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah yang mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh oleh sesetengah yang lain. Akan tetapi, Baginda merupakan satu-satunya di dalam sejarah dunia, yang mencapai kejayaan yang gemilang yang tidak sahaja dalam agama, malah diperingkat sekular (dunia)".


Karya Michael H Heart di dalam bukunya The 100: A Rangking Of Most Persons Influential In History, Terbitan New York : Carol Publising Group, Citadel Press.
Diterbitkan pada pada tahun 1978.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial