INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, April 17, 2009

RINTIHAN PESAKIT BARAH OTAK

KANGAR: Andai kita menderita dan kesusahan, sebenarnya masih ramai yang lebih derita, kesedihan dan kesusahan dari dari kita. menginsafi perkara ini akan menjadikan kita semakin bersyukur kepada Allah dan semakin prihatin terhadap insan-insan yang berhajat dan memerlukan.

Akibat penyakit barah otak yang dihadapinya seorang buruh yang menghidap barah otak sejak dua tahun lalu terpaksa menyerahkan tiga anak lelakinya kepada tiga rakan kerana masalah kemiskinan. Encik Sakidan Ahmad, 37, khabarnya enggan menjalani pembedahan seperti disyorkan pegawai perubatan selepas dimaklumkan mengenai risiko kehilangan nyawa.

Dengarkan rintihan dan rayuan beliau: "Saya terpaksa mengetepikan nasihat doktor dan tidak menjalani pembedahan kerana memikirkan masa depan serta makan minum isteri, Nurul Natrah Abdullah serta lima anak yang masih kecil dan memerlukan pembelaan sewajarnya. Sejak menghidap penyakit itu saya sering sakit kepala dan lemah badan hingga tidak dapat melakukan kerja harian. Dalam sebulan, saya mampu bekerja dua atau tiga hari saja. "

Lain-lain maklumat:
1. Tiga daripada 5 orang anak beliau hasil perkongsian hidupnya dengan Nurul Natrah, 29 iaitu Mohd Alif Iskandar, 9; Mohd Noor Aiman, 8 dan Mohd Nor Adam, 7 telah diserahkan kepada rakan di Alor Setar, Kedah; Pulau Pinang dan Perak bagi membolehkan mereka hidup lebih baik.

2. Dua lagi anak mereka ialah Nurul Nadia, 4, dan Mohd Haikal Danial, 2 tahun.

3. Keadaan rumah mereka di Lorong Bahagia, Kampung Bakong, Arau amat-amat menyedihkan. Ia diperbuat daripada kayu terbuang sejak lima tahun lalu. Rumah didiami mereka seluas kontena yang berlantaikan tanah, bumbung berlubang tanpa bekalan air dan elektrik. Keseluruhan rumah akan basah apabila hujan dan beliau ada kalanya terpaksa menyelimut dua anaknya yang masih kecil itu dengan plastik bagi mengelak daripada kesejukan. (Tinjauan krew Berita Harian).

4. Isteri Sakidan, Nurul Natrah adalah saudara baru yang sejak kecil dibesarkan di rumah anak yatim di Pulau Pinang dan berpindah selepas berkahwin dengan Sakidan sejak 10 tahun lalu. Beliau berkata: "oleh kerana suami tidak berupaya bekerja, beliau terpaksa menjual daun pisang, kelapa dan buah-buahan untuk menyara kehidupan harian."

5. HTF menerusi Pegawai Perubatan, Jabatan Otorinolaringologi, Dr Hema Apparau, mengeluarkan surat pengesahan status Sakidan yang mengalami telinga bernanah, jangkitan mastoid dan pengumpulan nanah di otak dan beliau menolak semua jenis rawatan daripada HTF, pada 26 Februari lalu.

1 comments:

shahril said...

berikut adalah testimoni pesakit kanser otak tahap 4 yg sembuh dlm masa seminggu sahaja setelah mengambil penawar kanser B17 + Bromilin + Graviola + Sabah Snake Grass.. sila lihat di sini http://www.facebook.com/groups/197287873647763/433042483405633/?ref=notif&notif_t=group_comment_reply

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial