INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, April 23, 2009

DIRIKU YANG MASIH JAHIL




Biarpun umur semakin meningkat, sekali-kali jangan timbul rasa jemu untuk menuntut ilmu. Jemu itu penyakit yang amat merbahaya di dalam melakukan ketaatan dan beramal amal soleh. Kalau jemu makan kari ayam sebab sudah selalu sangat makan kari ayam, maka itu tidaklah pelik. Tapi andaikata seseorang bertukar jemu berbuat kebaikkan maka Ini ada sesuatu yang sudah tak kena. Imannya mungkin sudah 'kong'. Kena cas semula atau tukar bateri baru nampaknya. Contohnya seseorang yang berkata aku jemulah nak solat, jemulah baca quran, jemulah nak bersedekah.

Mungkin kita rasa macam sudah 'sejahtera di dunia' ini atau macam semuanya dah 'ok' dalam ertikata yang lain, sudah ada segala-galanya, sudah miliki segalanya, namun apakah segala yang kita miliki itu disuluh dan ditadbir pula dengan ilmu Ilahi? dan apakah kita tidak melihat dan bersedia pula untuk kesejahteraan akhirat? Baik kehendak untuk mendapatkan kesejahteraan dunia lebih-lebih lagi kesejahteraan akhirat, maka Rasulullah saw mengingatkan kita supaya sentiasa berpandu dan bersuluhkan ilmu.

Seseorang itu, selama mana ia di dalam suasana belajar dan terus belajar, cintakan ilmu dan alim ulama, berusaha keras menolak kejahilan, maka selama itulah ia sedang menapak jalan lapang dan terang menuju ke laman syurga. sebaliknya, andai dibiarkan diri terus menerus diselimuti gebar kejahilan, maka selama itulah juga amalannya tidak diterima Allah malah ia sentiasa terdedah kepada segala macam kesilapan, kedosaan dan kerosakkan.

Orang jahil juga, pasti akan mudah dipermain dan diperkotak katikkan oleh syaitan. Ia akan disepak kesana kemari macam bola menurut sesuka hatinya. Orang jahil tidak memiliki 'cahaya' guna untuk menyuluh dan menyinari semak samun, lopak dan ranjau, duri dan paku, binatang buas dan berbisa lewat permusafirannya di dunia yang sentiasa bertali arus pelbagai ujian dan kebarangkalian.

Apakah jawapan kita kepada Allah andai kita mati dalam keadaan jahil? Apakah kita bakal beroleh rezeki melihat kecantikkan dan keindahan 'Allah' di akhirat sana andai kita jahil, buta dan tidak mengagungkan ZatNya, mengimani dan mengenali sifat-sifat dan nama-namaNya yang Husna semasa singgah sebentar di dunia?

Sesungguhnya awal agama itu mengenal Allah. Mengenali Allah itu dikatakan Makrifah. Saluran dan jalan mencapai makrifah itu semestinya dengan ilmu. Manakala Makrifatullah tidak akan dicapai tanpa menuntut ilmu. Dan ilmu pula mestilah dicari dengan cara berguru. Bila seseorang belajar tanpa guru, maka syaitanlah sifu, mentor dan tuan gurunya. "..Biarpun sudah berilmu, namun adab yang baik yang harus menjadi perhiasan orang berilmu adalah terus istiqamah belajar dan merasakan diri belum tahu apa-apa, rasa diri masih jahil. Selama mana sikap dan akhlak ini menjadi pakaian diri, maka dia dikira sebagai orang berlmu. penuntut ilmu sejati.

Namun, andai ia menyangka bahawa dirinya sudah cukup pandai, sudah tahu segala-galanya, maka ia masih dikira sebagai orang jahil yang tidak tahu apa-apa.." demikian pandangan Al Imam Ibnu Qutaibah di dalam kitab ILmi.


Sebanyak manalah ilmu yang ada pada manusia hingga berani mendakwa dirinya lebih pandai dari orang lain? Setinggi dan sebanyak mana pun ilmu yang dicapai manusia, ia tak lebih umpama memasukkan jari jemari ke dalam lautan kemudia diangkatkan jari jemari tadi. Kelihatan beberapa titik air jatuh semula ke bawah. Beberapa titik air itulah perumpamaan kepada ilmu yang yang dimiliki manusia, walhal ilmu Allah swt masih melaut luasnya. Ini sekadar perbandingan walhal ilmu Allah tiada tara dan hadnya.


Kalau seorang yang berilmu pun masih diingat dan disedarkan betapa dirinya masih belum tahu apa-apa, bagaimana pula halnya orang langsung tidak memiliki ilmu serta jahil segala-gala? Dunia akan lebih cepat kiamat bila tampil ramai orang-orang jahil yang mendakwa diri mereka orang berilmu dan pandai segala-galanya. Renungkan dan berhati-hatilah..

1 comments:

Anonymoussaid...

Assalamualaikum ustaz,

Dimana saya nak merujuk Hadith berkenaan membaca buku tanpa guru, maka syaitanlah gurunya?

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial